Lafies Business


hey Lafies ... if you've never lost your mind then you've never been to Batik's Cafe.

If you cannot be positive then you should join Energy Academy.

I don't have time to worry about who doesn't like me, I'm too busy loving myself from
Sentuhan Derina.

You can never be overdressed, let's try The Bliss....

I love designer shoes, lipsticks, travelling and Mahdi's Cordial !



Tuesday, December 31, 2013

tips menggalakkan anak2 minat membaca.

Bagaimana mahu menggalakkan anak-anak membaca kiranya..

1. ibu bapa sendiri malas membaca?
kepimpinan melalui teladan amat perlu dalam menjadikan kita role model kepada anak-anak. Ibu bapa yg suka menambah ilmu secara tidak langsung melahirkan generasi yang cintakan ilmu.

Cara terbaik permulaan membaca adalah dengan membacakan buku pada anak2 seawal usia kerana mereka sudah mengenal warna, gambar dan membelek flash card.




2. bahan bacaan yang sangat terhad.
Belikan buku anak2 pada awal bulan sebaik mendapat gaji.  Kerana ilmu yang dibeli takkan habis manakala jika menunggu akhir bulan pasti ada perbelanjaan hangus lain yang kita dahulukan.
buku.. suratkhabar ..majalah.. bahan bacaan sentiasa di dalam pemandangan anak anda dirumah.





3. Beri pilihan pada anak2 untuk memilih buku.
Pada peringkat awal menggalakkan minat membaca, apa saja penulisan yang menjadi kegemaran mereka, sediakan !.  Komik, ruangan kartun dan sebagainya.....  sejajar dengan peningkatan usia dan kematangan fikiran, bolehlah kita masukkan buku2 yang lebih matang dan pengisian yang padat.
Tetapi, pastikan juga pilihan mereka bersesuaian dengan umur !


 
 
 
 
4. Setkan masa membaca.
Dengan pengaruh media electronic amat mudah melalaikan anak2 dengan video game , penggunaan computer, ipod, dan sebagainya.  Anak2 memerlukan ibubapa untuk memberitahu mereka apa yang perlu mereka lakukan setiap hari.  Jangan mengharapkan mereka tahu sendiri.
Beri mereka masa untuk menggunakan computer, masa sekurang2 nya sejam untuk membaca dan sejam untuk aktiviti luar rumah.
 
DAN IYA !! kita harus melakukan aktiviti membaca bersama-sama mereka !!
 
 
 
Akhir kata, setiap perbuatan dimulakan dengan nawaitu yang baik dan pemikiran yang bersih in sha Allah membuahkan hasil yang tidak terjangkau di fikiran. 

LAFIES CORP BEGIN (Meeting #2)

LAFIES CORP BEGIN
Date: Wednesday, December 25, 2013
Time: 4.00 pm
Venue: Banun's Mansion

ATTENDANCE:
KekNa                                                                      Azurain
Aida                                                                         Seri Banun
Jun                                                                            Fathy
Wawa                                                                       Werda
Linda (left earlier)                                                      Azmila
Shaf                                                                          Sher
Asiah                                                                        Ruby (left earlier)

INTRODUCTION
The Bizztalk was chaired by Wawa and held informally in Seri Banun's private kitchen after triple birthday celebration for Jun, Seri and Aida.

MATTER DISCUSSED
1.0 COMMITTEE MEMBERS
The main agenda discussed in this meeting was the formation of Lafies Corp Committee Members.
A.    Sher refused to accept her pre-appointment as the LafiesCorp first President.
B.     Seri Banun suggested that the right person to hold that position at least for the first term is KekNa. All attendees agreed with the proposal.
C.     The meeting attendees agreed to register Lafiescorp as a company instead of co-op due to complicated procedures which will drag the formation of the group. The formation of LLP company was proposed for its simple procedure.
D.    The meeting attendees also agreed and confirmed to form the Committee Members as below:
President: Sarina
V. President 1: Sheriza
V. President 2: Seri Banun
Secretary: Aida
V. Secretary: Wawa
Treasurer: Azurain
V. Treasurer: Syaf
Recreation Bureau: Jun & Baney
Media Bureau: Linda & Anom

Welfare Bureau: Fathy
Puchong Zone: Baney
Klang Zone: Siti Ruzita & Werda
Shah Alam Zone: Azmila & Ruby
Kajang Zone: Rozanayati
Rawang Zone: Nezie
Outstation Zone: Anis

2.0 PREVIOUS GATHERING
On behalf of Lafies, Fathy expressed high appreciation to Azmila for the previous gathering on December 16, 2013 held at her mansion.  She also highlighted the possiblity of 'rezeki Allah' towards Azmila and family after the hosting of 'makan2' or in other words...sedekah to friends.

3.0 RESPONSIBILITIES
Media Bureau to start updating Lafies Blog. Recreation Bureau to start checking on possible lafies trip destinations i.e Jun to arrange Pengkalan Balak family trip as Lafies first recreational activity. Wawa suggested Jun to propose jogging or exercise during any Lafies gathering to add varieties in our activities. Welfare Bureau to start posting/sharing weekly "tazkirah' via you tube/link/WA to all

4.0 NEXT MEETING
The meeting was adjourned at 5.00 pm and the next meeting is scheduled on January 14, 2014, 11.00 am at Kekna's Office. The main Agenda in this coming meeting is to finalize the formation of LafiesCorp Committee members and to complete the online registration to incorporate LafiesCorp via SSM dedicated MyLLP portal.


PREPARED BY
Aida.Lafies

Dari Dapur Lafies - Kuzi ayam

Kuzi ayam (Wawa)
1 ekor ayam - potong saiz kecil/sederhana
½ botol sos tomato Del Monte
1 tin susu cair
3 cawan air (atau lebih kalau nak kuah lebih) 
Garam & gula secukup rasa

Bahan potong kiub/goreng
Hempedal ayam,
Hati ayam (rebus dulu), kalau suka
5 biji ubi kentang - potong kiub sederhana
2 biji bawang besar  - kiub
15 biji bawang merah – goreng & tumbuk halus
½ cawan kismis
½ cawan badam


Bahan tumis
1 cawan Minyak sapi + Sedikit minyak masak

3 camca besar rempah kuzi
9 biji bawang merah #
5 biji bawang putih #   
½  inci halia #
Sedikit safron 
 (tumbuk bahan bertanda #)

Bahan untuk perap ayam :
5 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1/4 inci halia* 
Sedikit Safron*
2 camca besar cuka (optional)
Sedikit garam

Cara: 
  • Tumbuk bahan perapan ayam yang bertanda* dan perap ayam bersama bahan tumbuk, cuka & sedikit garam selama 30 minit. Kemudian goreng ayam setengah masak. Toskan. 
  • Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak, tumiskan bahan tumbuk, biar naik bau
  • Masukan rempah kuzi yg dicampur biarkan rempah betul-betul masak naik minyak
  • Masukan sos tomato, susu cair & air. Kacau sebati
  • Masukan bahan goreng spt ayam, bawang besar, kentang kiub. Masukkan air tambahan jika perlu, garam serta gula secukupnya. Masak sehingga kuah sedikit pekat.
  • Akhir sekali masukan buah kismis &  badam. 
  • Tutup api bila sudah secukup rasa. Angkat & hidangkan bersama nasi atau roti jala.

Dari Dapur Lafies - Gulai Daging Salai & Tempoyak Pucuk Kayu

Gulai Daging Salai (Anis)

2 kg  daging salai (timbang lepas salai - hiris nipis2)
        cili api (diblender/tumbuk)
        kunyit serbuk/kunyit hidup
3 bj   buah bacang/belimbing buluh
2 kg  santan 
3 btg serai  di tumbuk hujungnya
        garam

  • Daging direbus dengan air hingga lembut
  • Masukan santan, kunyit, cili api dan serai
  • Bila menggelegak sikit, masukkan bacang
  • Kacau sentiasa dgn api biar perlahan
  • Akhir sekali masukan garam secukup rasa

 Gulai Tempoyak Pucuk Kayu (Anis)

3 ikat      daun pucuk ubi 
5 helai    daun kunyit 
              daun pucuk kaduk (optional)
              pucuk labu (optional)
3 btg       serai (diblender)
5 papan   petai  belah 2
              sikit ikan bilis
              cili api
              serbuk kunyit
5 sudu    tempoyak   
2 kg       santan 
             garam
             gula

  • pucuk ubi, daun kunyit, kaduk, pucuk labu dihiris halus2 mcm buat bunga rampai. 
  • masukkan garam sikit dlm hirisan daun pucuk ubi & perah biar keluar warna hijaunya/pahitnya   
  • masakkan santan, ikan bilis, serai, serbuk kunyit, tempoyak dan cili api sampai pekat. 
  • bila kuah dah pekat, masukkan daun-daun dalam kuah santan
  • kacau & masukkan gula dan garam.

Monday, December 30, 2013

Tazkirah -Solat

SOLAT

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat
- Ustaz Haslin Baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

Cerita JAY BEE

Salam Lafies Ladies yang dikasihi...
Maaf lah yek ..... banyak aktiviti yang tak dapat aku nak join. Tapi aku tetap pantau korang dari jauh, kalau bukan dari WA, aku pantau dari blog...hoho..... Aku takut korang menyimpang jauh ...... maklum le bila mak mak yang dah bukan anak dara ni berjumpa, haruslah ketawa melahai lahai macam PONTIANAK! Tu belum aku join lagi tu......   Sudahlah weyh, merapu je lebih aku ni....

Hari Krismas hari tu, akukan pergi JB, itu pun sebab ambik anak aku yang tinggal sekejap kat Muar, lepas tu terus je melencong ke JB. Ingat nak pergi LEGOLAND, tapi tak mampu ko....... Tetiba datang kedekutnya hehe.... Macam sayang je, macam kedekut je.... nak habiskan duit RM600.00 untuk tiket LEGOLAND..... so aku ambik gambo je le dari dalam kereta, itu yang mak mampu nakkk.... hoho


Malam sebelum tu aku pergi JOHOR PREMIUM OUTLET, kat area Skudai gitulah.....
Lafies dan Ladies yang suka barang branded branded mmg bestlah cuci mata kat sini sebab kat sini semuanya boutique sebiji sebiji! Aku pun suka jugak sebenarnya, tapi SUKA TENGOK aje le hehe.... Nak beli tak mampu weyh..... Nak paw Berahim pun tak sampai hati.... tunggu dia dapat bonus 10 bulan lew!


      
Itu aje le ceritanya, tapi sebelum tu Blog mak WAJIB promote hehe........... Cerita udang mentega di restoran SINGGAH SELALU 

Wednesday, December 25, 2013

Post mortem Lafies 3 mak dara besdey/annual gathering 2013


Venue : Hajjah Seri Banun's Mansion
              Seksyen 7, Shah Alam
Date    : Dec 25, 2013

Moga panjang umur murah rezeki buat Mommy Seri, Mommy Aida and Mommy June !! mak-mak dara 40an..an...
Cake sponser dari tuan tanah dan tokey bakery cik CT Ruzita. 
14 tahun la sangaattt...
Tuan rumah sambut tetamu paling awal.... dapat door gift crystal prague.. (dalam mimpi) 
tokeh ayam bakar tunjuk skill. 
 Gelak, posing.. gelak, posing... gelak lagi... posing lagi...

Makan dulu.... meeting time lapau kang ada yg jadi rimau.
Akhirnya meeting bermula... merangka belanjawan dapur...
 mom's games (kopek bawang dimenangi oleh Banun & Jun) - aikkk... birthday gurls menang lah!

 teen's games

anak2 PMR kebanggan lafies (dari kiri-anak Ila, Wawa, Banun, Shaf, Ruby)
 

butiran meeting akan diupdet kendian... (sebab Linda dah balik sebelum start meeting..(kihkih)

Jutaan terima kasih buat tuan tanah menyediakan rumah untuk dikecah, menyewa khemah, sakan kemas rumah walaupun takde bibik.. masak sup series giler sedap dan menerima tamu dengan hati terbuka.  Moga bertambah rezeki. ameenn....

Tuesday, December 24, 2013

Air soda, Puding Oreo & Nasi Marbeles



   

Air Soda Herbs (Sher)
1 botol ice cream soda
1 biji    lemon (dihiris)
3 btg    serai (ketuk sikit)
           Daun pudina
           Asam boi 
1 tin     laici/longan
           Ais batu







Puding Milo Oreo (Fath)

20g agar2 tali (1 peket)
1000ml air
150g gula pasir
1 tin susu cair
3/4 cawan milo
1 bungkus biskut Oreo (patahkan 2) 


  • Masak agar2 + air hingga larut. 
  • Masukkan gula & masak hingga hancur. 
  • Tambah susu cair & masak hingga mendidih. Padamkan api. 
  • Bahagi kepada 2 bahagian: 1 bahagian asal tuang dalam loyang & susun dgn Oreo. Biar sejuk. 
  • 1 bahagian bubuh Milo & kacau rata. 
  • Bila loyang separuh beku, tuangkan perisa milo tadi. Biar sejuk.    


Nasi Marbeles (Fath)
3 pot beras basmathi (basuh & toskan)
1/2 kilo ayam
4 sekawan (cengkih, lawang, pelaga, kayu manis)
4 sudu besar rempah kurma Cap O
1 sudu besar rempah kari Cap O
1 labu bawang besar (didadu)
5 ulas bawang putih (dimayang)
1 inci halia (hiris)
2 daun pandan (dicarikkan)
air
minyak sapi
minyak masak
susu cair (optional)
biji gajus (bakar/goreng sedikit- optional)
kismis (optional)
garam  



  • Panaskan minyak & minyak sapi
  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia, 4 sekawan, daun pandan hingga naik bau & kekuningan
  • Masukkan rempah kari & kurma serbuk yang dicampur air dlm periuk. Tumis hingga keluar minyak
  • Masukkan ayam & tumis seperti buat gulai kari. 
  • Bila naik minyak sekali lagi, masukkan air, beras, susu cair, gajus, kismis, garam
  • Angkat periuk dari dapur & masak dlm rice cooker pulak
  • Sedap dimakan bersama jelatah atau acar buah


Friday, December 20, 2013

Lafies Family Day + Annual Gathering 2013 + December Birthday P.A.R.T.Y



Happy 14th Birthday to Seri Banun the supermom, June Fonda the gorjes mom and Aida the hot mom !!

Project Manager : Wawa
Venue :  Seri Banun's Mansion
Date : 25th December 2013
Time : Lunch i.e 12 noon - 5pm

Potluck contributors :


Tuan tanah      - Sup tulang kaw-kaw & begedil, nasi putih

Linda              - Nasi Impit & dessert   
Wawa             - Bihun rebus, Custard caramel, choc moist
Azmila            - Macaroni Goreng
Sher               - Roti Jala, kari ayam, soda herbs
Aida               - Ayam panggang, hotdog
KekNa            - daging dendeng, Buah & air
Fath               - Talam keladi, asam pedas keladi
Nor Azurain     - Satay
Syafriza (Cap) - Rojak buah
Jun Fonda       - Agar-agar
Hainom          - TBD

Guest : Wawa (6 pax)

           Aida (7 pax)
           KekNa (1 pax)
           Linda (3 pax)
           Azmila (5 pax)
           Sher (4 pax)
           Fath  (4 pax)
           Zurain (4 pax)
           Cap (3 pax)
           Hainom OKjer (5 pax-TBC)
           Jun Fonda (5 pax)
           Ruby (3 pax-TBC)

Telematch :  kids categories*

                  mummy's categories*
                  daddy's categories*    
                 (* siapa boleh sponsor hadiah?)
                 
Alamat : No 5, Jalan Platinum 7/40, Seksyen 7, Shah Alam
Landmark -> belakang SM Sek 7 & Majlis Belia
entry updated by Wawa

Thursday, December 19, 2013

Tips menanam pokok

haa.. ini tips dipetik dari kompilasi lafies dlm WA...


Pokok belimbing tak berbuah 
letak lebihan sayur seperti  batang kangkung, kulit bawang.. lepas sebulan insyaAllah pokok berbuah

Menanam cili
1. jemur biji cili agar tidak gugur & rosak sebelum cukup umur
2. letak  air basuhan beras

Mangga cepat berbuah
Pastikan setiap pucuk ada 3 cabang
kurangkan daun supaya ia tak menggunakan byk baja

boleh check banyak lagi info dalam blog ni -> http://www.myherba.com/

iNI DARI BLOG.. http://4i5y4tuberose.blogspot.com
1. Daun Kari
  • Dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan boleh mengatasi masalah penghadaman
  • Jus daunnya di campur dengan jus limau nipis dan digunakan untuk mengatasi loya dan pening akibat makan lemak yang berlebihan - caranya mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan jus limau nipis.
  • Jus daun kari yang dicampur madu juga boleh mengatasi cirit - birit dan buasir
  • Air rebusan kulit batangnya yang dikeringkan juga dapat mengubat kencing manis.
  • Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan juga dikatakan dapat mencegah kencing manis akibat kegemukan dan keturunan.
  • Dikatakan juga, daun kari dapat mencegah uban.
  • Buahnya yang dididihkan dengan minyak kelapa sehingga kehitaman, boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigtan serangga dan haiwan berbisa.
  • Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes dan boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalkan pada tempat yang sakit.



2. Limau Purut
  • Daunnya dikatakan mempunyai kualiti anti histamin (adalahsebatian nitrogen organik yang terlibat dalam tindak balastempatan imun serta mengawal fungsi fisiologi dalam usus danbertindak sebagai neurotransmitter. [2), anti kelemumur, anti spasmodic (yang berhubungan dengan atau terjejas ataudicirikan oleh kekejangan) dan aktiviti hypotensive (tekanan darah rendah atau berkhidmat untuk mengurangkan tekanan darah.)
  • Selain dari mandian wap, daunnya juga boleh dijadikan syampu untuk kelemumur
  • Jus buahnya pula dikatakan boleh menguatkan kesihatan gusi dan juga boleh digunakan untuk memberus gigi
  • Minyak pati dari daunnya pula boleh digunakan sebagai agen perasa dan ditambah ke dalam produk kosmesuetikal seperti sabun dan losyen.
3. Kaduk
  • Air Rebusan akarnya dikatakan boleh melawaskan kencing
  • Air rebusan daunnya untuk merawat demam malaria.
  • Ianya juga boleh melegakan batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang.
  • Daunnya yang ditumbuk boleh dijadikan ubat panau dengan meletakkan daun yang ditumbuk di tempat panau.
4. Lidah Buaya
  • Jeli dari daunnya boleh di buat minuman dan di masak sup
  • Rawatan untuk Penyakit kulit, luka, kulit terbakar, sembelit, sembab, batuk, kesakitan, bengkak, asma, Sakit urat, luekemia, kanser paru-paru, bengkak spleen, buasir, uluran sebagai antibiotic, anti septik, julap, penggalak haid, penggalak muntah, kecacingan, penyakit mata, bengkak, demam, rawatan selepas bersalin, dan barah payudara
5. Mas Cotek
  • Berkesan untuk menyembuhkan dan memperbetulkan kerosakan urat saraf: Keringkan 2-3 helai daun campuran antara pokok jantan dan betina, dan rebus dengan 3 cawan air sehingga tinggal secawan penuh, minum air rebusan tersebut bila suam
  • Untuk wanita yang baru bersalin, ianya di gunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal dan untuk mengecutkan rahim.
  • digunakan untuk mengubati paru-paru berair.
  • selain dari merebus daun dan akar nya, buahnya juga boleh dimakan untuk menyihatkan badan.
    6. Ulam Raja
    • Pucuk dan daun muda: Dimakan sebahagai sayur ulam yang mentah, untuk membuat kerabu, atau di masak sebagai lauk. Daun ulam mempunyai rasa dan bau yang agak kuat.
    • Semua bahagian pokok: Boleh dimasak dan direbus untuk diminum sebagai ubat herba bagi mencuci darah, menguatkan otot dan menguatkan tulang.
    7. Kesum 
    • Merawat kelemumur: Daun dilumat dan dilumur di atas kulit kepala
    • Membantu menghadamkan makanan dan menghilangkan sakit perut  bagi wanita baru bersalin: pupuk daun di atas perut dan minum air rebusan daun ini.
    8. Bunga Telang 
    • Akar: Digunakan untuk tujuan melawaskan air kencing dan sebagai julap
    • Biji: Dihancurkan dan serbuknya ditelan sebagai julap (mencuci perut) Pengunaan yang sedikit boleh membuka selera makan
    • Daun: Direndam dan airnya digunakan untuk mencuci mata sebagai rawatan mata merah
    • Bunga: boleh dijadikan pewarna.
    9. Misai Kucing 
    • Boleh dibancuh sebagai teh herba yan boleh diminum oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa
    • Daun segar  dikunyah dan ditelan  untuk meransang  muntah.
    • Daun segar  dan daun kering  boleh direndam  dalam air mendidih  atau di rebus untuk diminum bagi melawas air kencing , merawat alahan, kencing manis, penyempitan pembuluh nadi,  batu karang, encok, busung, jangkitan kepada sistem air kencing, kerap buang air, masalah ginjal radang, reumatik dan tekanan darah tinggi.

    Sunday, December 15, 2013

    Ila's JJCM 16th Dec 2013


    Project Manager : Hajjah Azmila
    Venue : Azmila's Mansion
    Date : 16th December (Monday)
    Gambo kabur sebab cameraboy gementar tengok mokcik2 gojes berposing

     
    lauk penuh meja.. tak cukup tempat nak buh pinggan makan daaa..
    Menu : laksa kedah pekat (Fath), mee bandung (Ila), ayam goreng berempah (Ila), gulai lemak daging salai (Anis), Soda Herb (Sher), Custard caramel (Wawa), pecal (Ila), jeruk Pak Ali (Jun), mee siput (Ila)
    sambal tempe sebagai Door Gift.. sayang kat Ila :)

    tu dia.. set corelle & arcopal sudah keluar dari kotak...

    Amboi Sher... bawak bakul nampak.. baru balik dari Pasar ke?

    Senyuman puas hati dari MasterChef Fathiyah... habis licin laksa 4 kilo...
    yahooo boleh tapau banyak makanan..
    Ruby .. sudah interframe la..

    Senyum sampai ke telinga.. seronok jumpa kekawan ... takkan ku lupa... 

    Terima kasih kepada tuan rumah Hajjah Azmila & Haji Salleh yang berbesar hati melayan tetamu yang hadir. Moga Allah menambah rezeki Ila sekeluarga

    Tuesday, December 10, 2013

    tips anak2 menghadapi exam

    TIPS BILA ANAK-ANAK MENGHADAPI EXAM/TEMUDUGA (Fath's tips)

    • perbanyakkan sedekah especially beri pada pelajar tahfiz.. 
    • Masa sedekah, niat dalam hati hajat kita... rahsiakan niat tersebut dari pengetahuan orang termasuk suami sendiri
    • Contoh niat  yang bagus : agar anak-anak menjadi soleh & solehah, berakhlak mulia, paham & mengamalkan ajaran Islam, rapat dengan ibubapa walaupun setelah berkahwin, diberkati Allah, hidup & mati dalam iman, berikan kejayaan dan kebahagiaan dunia & akhirat
    •  
    • amalan hingga hari result : baca "Robbi Yassir wala tu 'asir" (niat zikir)
    • menjelang hari result : perbanyakan doa dan sedekah
    • minta mak dan mertua doakan sebab doa para ibu tiada hijab
    • bila berdoa..bin dengan  nama ibu contoh Khairul Hafiz bin Norwahizah



    entry posted by Wawa

    Monday, December 9, 2013

    Jom Tanam Pokok...

    Sapa suka tanam pokok..? Aku bukanlah doktor pokok..cuma nak tempek2 aje... anak desa yg suka menanam..anak abah..rmh kat kampung mcm2 ada..jodoh pula dengan org felda...apa lagi...menanam aje kami ni..

    Rmh kat Klang aku tanam mangga..org Kedah kata pelam...org Kelete panggil apa Wawa..?...dan kat BBeruntung kami tanam amra @ka kedondong @ka ..... nanti aku snap gambaq buh kat sini..

    Izinkan ceq menulih dlm bahasa Kedah...sapa yg tak faham boleh tanya jurusolek kita..yelah dia pun mai sama negeri dgn ceq ni..dia ataih skitt..Aloq Setaq... Pokok pelam ada sebatang..buat habuan tempat teduh reta...

    Serai..pandan..kangkung..ulam raja..kesum..kantan...menjadi penghuni kebun Cik Pa..laki ceq la tu...nanti ceq sambung lain la na..ceq ngantuk sebab makan pulut tanai...bg ceq tidoq sat na..tggu lohoq..komen2..jgn kutuk na...

    Sunday, December 8, 2013

    Travel tips - Langkawi versi Mak Aji

    Tarikh : 24-28hb november 2013
    Method pergi : Air asia online ticketing rm48/person jam 7.25pm arriving 8.25pm

    Method travel di Langkawi.  Bargain dengan agen kereta sewa di Jeti Kuah/airport Langkawi dapat rm70/day untuk Avanza. Booking online pun boleh (rm120++).

    Jangan lupa paw peta langkawi di jeti/airport.  GPS tak perlu... jalanraya boleh kira dgn jari... takkan sesat punya.

    Hotel booking dari agoda.com atau booking.com atau terjah..hotel gila banyak.


    Tempat harus singgah ... 
    1. Dataran Helang di Jeti Kuah ..posing dengan patung helang.... tu je.
    2. Makam Mahsuri rm7 dewasa, kanak2 rm3.30 dan bawah 6 thn kena singgit. Ada museum, ada contoh2 rumah kedah dan kubur...dan ada telaga Mahsuri saper basuh muka boleh awet muda.  Sila lihat model.
    3. Oriental Village ada cable car.  Tunjuk mykad dpt ticket 1Malaysia rm15/dewasa, rm10/kanak2.  Sila pergi tghri... pagi gila crowded.  Ada fish feeding... sebungkus singgit.. bebudak suka.









    Island Hopping.

    Sessi pagi 9am dan sessi petang 2.30pm. Harga sila bargain... antara rm30-45/dewasa atau kongker 1 bot kedekut takmo share..rm180.
    Pergi 3 pulau... Pulau Dayang Bunting ada bukit macam dayang tgh bunting ngadap langit.  Ada tasik dayang bunting saper berendam konon boleh bunting.  Pulau Singa Besar takde singa tapi ada helang?.. dan Pulau Beras Basah yg takde apa-apa tapi boleh mandi sampai basah.  Appx time 3-4hours.





    Pantai Cenang yang terkenal.  Ramai omputih.
    Jual baju ala-ala pasar malam.
    Seluar palazo rm38 selai sebijik macam adik aku beli bundle kt Semua House pastu jual kat aku cuma rm25 je.  Kedai makan yg punya kerusi lagi banyak banding pengunjung.
    Rate nasik campur murah dr rate KL.






    Selain naik bot, the best moment untuk bebudak.  Naik ketapi malam.
    Tu gambar stesyen ketapi Arau.  Dalam ketapi ada kantin menjual mee goreng, nasi goreng, meehun, nasik pattaya.. rm5.50-rm6.50, burger dan megi cawan 4 hengget.

    Book ticket di KTMB e-online at least 2 minggu awal price rm48/dewasa, rm37 kanak2.  Untuk anak kecik yg share katil, beli travel ticket di kaunter rm17.  Kalau kansel ticket, dapat balik 75%.




    Sila simpan ticket masuk pulau incase soping tak hengat donia, imigresen nak cek tarikh masuk.  Lebih 48 jam, duty free.


    Selamat melencong.... Daaaaa.......