Lafies Business


hey Lafies ... if you've never lost your mind then you've never been to Batik's Cafe.

If you cannot be positive then you should join Energy Academy.

I don't have time to worry about who doesn't like me, I'm too busy loving myself from
Sentuhan Derina.

You can never be overdressed, let's try The Bliss....

I love designer shoes, lipsticks, travelling and Mahdi's Cordial !



Tuesday, December 31, 2013

tips menggalakkan anak2 minat membaca.

Bagaimana mahu menggalakkan anak-anak membaca kiranya..

1. ibu bapa sendiri malas membaca?
kepimpinan melalui teladan amat perlu dalam menjadikan kita role model kepada anak-anak. Ibu bapa yg suka menambah ilmu secara tidak langsung melahirkan generasi yang cintakan ilmu.

Cara terbaik permulaan membaca adalah dengan membacakan buku pada anak2 seawal usia kerana mereka sudah mengenal warna, gambar dan membelek flash card.




2. bahan bacaan yang sangat terhad.
Belikan buku anak2 pada awal bulan sebaik mendapat gaji.  Kerana ilmu yang dibeli takkan habis manakala jika menunggu akhir bulan pasti ada perbelanjaan hangus lain yang kita dahulukan.
buku.. suratkhabar ..majalah.. bahan bacaan sentiasa di dalam pemandangan anak anda dirumah.





3. Beri pilihan pada anak2 untuk memilih buku.
Pada peringkat awal menggalakkan minat membaca, apa saja penulisan yang menjadi kegemaran mereka, sediakan !.  Komik, ruangan kartun dan sebagainya.....  sejajar dengan peningkatan usia dan kematangan fikiran, bolehlah kita masukkan buku2 yang lebih matang dan pengisian yang padat.
Tetapi, pastikan juga pilihan mereka bersesuaian dengan umur !


 
 
 
 
4. Setkan masa membaca.
Dengan pengaruh media electronic amat mudah melalaikan anak2 dengan video game , penggunaan computer, ipod, dan sebagainya.  Anak2 memerlukan ibubapa untuk memberitahu mereka apa yang perlu mereka lakukan setiap hari.  Jangan mengharapkan mereka tahu sendiri.
Beri mereka masa untuk menggunakan computer, masa sekurang2 nya sejam untuk membaca dan sejam untuk aktiviti luar rumah.
 
DAN IYA !! kita harus melakukan aktiviti membaca bersama-sama mereka !!
 
 
 
Akhir kata, setiap perbuatan dimulakan dengan nawaitu yang baik dan pemikiran yang bersih in sha Allah membuahkan hasil yang tidak terjangkau di fikiran. 

2 comments:

  1. Beb.... aku mmg berjemaah ngadap komputer kat rumah ni hehe...

    ReplyDelete