Lafies Business


hey Lafies ... if you've never lost your mind then you've never been to Batik's Cafe.

If you cannot be positive then you should join Energy Academy.

I don't have time to worry about who doesn't like me, I'm too busy loving myself from
Sentuhan Derina.

You can never be overdressed, let's try The Bliss....

I love designer shoes, lipsticks, travelling and Mahdi's Cordial !



Monday, March 17, 2014

Lawatan ke rumah orang tua Al-ikhlas, Puchong

Assalamualaikum ladies... Misi kali ini adalah Misi Kebajikan.  Lawatan kami (Wawa, Baney, Sher, Azurain, Jun, Siti & si cilik Sarah) dimulakan dengan meredah hutan batu (chewah..) di sekitar Puchong bersenjatakan handphone serta GPS untuk mencari rumah orang tua Al-Ikhlas yang beralamat Lot 3530, Jln Bt. 18, Kg Pulau Meranti 47120 Puchong Selangor. Kawasan ni dekat dengan Bukit Puchong.. 

Rumah ini adalah satu-satunya rumah jagaan orang tua Muslim bukan milik kerajaan. Ia dinaungi oleh Puan Muji bt. Hj Sulaiman (bekas jururawat). Rumah ini berdaftar dengan kerajaan dan mendapat sedikit sumbangaan dari Zakat Selangor.

Jumlah penghuni ~ 60 orang
Jumlah pekerja :  5 orang
Status rumah: Masjid Lama yang diwakafkan
http://al-ikhlashomecare.blogspot.com

Haa...gambar di saat pembahagian makanan sedang dijalankan. Chief distribution ialah Baney yang bertungkus-lumus menyediakan bubur deghoyan "hijack" cicah roti Hailam. Punyalah sodap hinggakan ada berberapa warga emas yang minta tambah..  lagi satu makanan yang agak hot ialah pisang goreng... so next time kalu datang lagi, bawa bubur & pisang goreng ye..

Gambo lelaki yang berdiri di belakang (baju oren)  tu ialah pekerja al-ikhlas. Pekerja diwajibkan beruniform untuk pengecaman :-) 
Posing.. jangan tak posing... Baney, Wawa & Siti

Posing lagi.. tapi kali ni ada gambo suapan dari Siti untuk Pakcik Mohamad yang dari mula-mula kami sampai menyambut kedatangan kami dengan sengih keceriaan nye... seperti beberapa penghuni yang lain, tangan kanan Pakcik Mohamad tak boleh digunakan (bengkok) mungkin disebabkan strok? Kesian kat diorang...sob..sob..Pak Cik Mohamad juga tak boleh bercakap.. namun dia Senyum Sokmo ...happy-go-lucky... MasyaAllah !


Alhamdulillah.. Ini sebahagian sumbangan dari lafies antaranya adalah beras, pampers, kek, biskut, wheelchair, ripple mattress, roti etc...


 
Makcik inilah yang berjaya membuatkan airmataku bercucuran semasa menyuapnya makan. Makcik ini pun tak boleh menggerakkan tangan kiri & dia bed-ridden. Masa Wawa tanya dia "Makcik dari mana?" Dia jawab "rumah makcik kat sini lah... ada ramai kawan kat sini" Memang dia mempunyai attitud yang positif... elok kita jadikan tauladan... kan ? kan?

Antara gambar makcik-makcik di tempat memasing. Yang berbaju purple di tengah tu, siap menyanyikan lagi ompteh pada Sarah sambil bertepuk tangan.. memang positif diorang ni... 

Tu dia.. jelitawan-jelitawan (ehem.. perasan jap) memperagakan tudung memasing sambil memegang kek sponsor dari Siti. Nampak macam sodap yek... "itu kek kasi simpan dulu la.. makan untuk breakfast esok" kata pekerja di situ. Pandai diorang berjimat-cermat dan tak membazir..

Ini gambo surau merangkap store al-ikhlas. Penuh barang-barang kering. Banyak bebenor beras, biskut, bedak, tuala etc. sedekah dari orang ramai. So Wawa syorkan, kalau kita nak sedekah next time, bank-in ajelah .. so that duit itu boleh dibuat untuk menampung beli barangan basah seperti ayam, ikan, sayur, telur atau untuk bayar air/elektrik. Dengo ceritenye, Puan Muji nak membesorkan tempat ini untuk menampung lebih ramai penghuni... 

Masa kami nak balik, azan baru berkumandang.. maka beberapa warga emas ini solat berjemaah bersama-sama. Ada yang duduk di lantai, ada duduk di kerusi & ada yang berkerusi roda menyambut seruan Ilahi

Ini bukan gambo P.Ramle masa muda.. tapi ini gambo "brother" yang juga berkerusi roda. Disebabkan susah nak bergerak, dia solat atas katil ajelah.. solat ini mudah, mana-mana pun kita boleh solat... kan?

Ini pula gambo makcik yang agak kurus, pendiam dan bongkok tiga. Masa Wawa hantar makanan kat dia, tangan kirinya pun tak boleh berfungsi. Lebih memeranjatkan lagi.. rupa-rupanya dia buta... kesian kat dia.. sob sob.. 

Di sinilah dapur open-air yang digunakan sehari-hari. Lupa lak nak tangkap gambo tempat membasuh baju (berbaldi-baldi) & bilik air diorang.. insyaAllah next time ye kawan-kawan.. Secara amnya, kawasan sekitar rumah ini agak bersih.

Ini pulak gambar sebahagian penghuni lelaki. Kelihatan agak lapang..mungkin disebabkan penghuni lelaki kurang dari penghuni perempuan kot.. maklumlah umur perempuan kan panjang dari lelaki :) 
Perhatikan kebanyakan barangan seperti katil & tray holder seperti di hospital.

Makcik menadah tangan dan berdoa semoga rezeki penderma ditambah berkali-kali ganda.. so apa lagi... kalau korang nak sedekah/membayar zakat, boleh bank-in ke akaun  Al Rajhi Bank. No Akaun : 12700-1061101131. Nama Akaun: Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas