Lafies Business


hey Lafies ... if you've never lost your mind then you've never been to Batik's Cafe.

If you cannot be positive then you should join Energy Academy.

I don't have time to worry about who doesn't like me, I'm too busy loving myself from
Sentuhan Derina.

You can never be overdressed, let's try The Bliss....

I love designer shoes, lipsticks, travelling and Mahdi's Cordial !



Thursday, January 30, 2014

Pengkalan Balak kami datang !!

LaFies 1st Vaccay ...

Pengkalan Balak .... Here we come !!!...

Date : 15 Feb 2014
Venue : Atie Ira Chalet Pengkalan Balak
State : Melaka





Assalamualaikum ya sahabat2 LaFies. InsyaAllah kita akan ke Pengkalan Balak pada 15 Feb ini. Kepada yang telah mendaftar dan membayar deposit... terimakasih banyak2. Sorry la Jun tak pandai nak bermadah pujangga macam si Linda tu ... ngeh3x. Selepas baca post ni, kalau ada yang telior nak join, meh ler beramai-ramai menjayakan trip ala-ala mini family day gitew....  Day trip pon bole, just join aktiviti yang ada sambil besantai dan bercanda di tepi pantai. Nak overnite ... kena check room availability la pulak ye. If ada yang masih berminat ... please pm me.



Kepada para suami yang minat memancing ... jangan la lepaskan peluang keemasan ni. Bawak peralatan mancing .. dont forget. Anak-anak of course lerrr pantang nampak laut ... Zurain, Syaf, Baney, Wawa, Linda, dan Ila ... jangan lupa bawak swimming suit ... swimming trunk semua ye ... yang menutup aurat please!!! Kang ada yg terjun dengan kain batik lak.
Mak-mak ... kenalah sediakan makanan ... bawak la segala piuk ajaib yang ada ye..

Ok la ... semoga niat murni kita untuk mengeratkan silaturrahim bersama sahabat dan keluarga sambil berpiknik dan berkemping d tepi laut di permudahkan dan berjaya. InsyaAllah. Jumpa d sana .... Info on itinerary akan menyusul lepas ni .... tunggu ....

Jun Fonda

Sunday, January 26, 2014

Lafies Business Meeting #2 in Jan 2014

Venue : Taman Lestari Perdana
Date : 25th January 2014
 
Perbincangan penuh semangat dari ahli-ahli Lafies dalam merealisasikan hala tuju Lafies Venture.  Penerangan terperinci di berikan berkenaan keupayaan tabung Lafies dan tahap perancangan perniagaan yang di perlukan.
 
 



Puan Baney antara penyumbang terbesar di dalam mengeluarkan idea perancangan perniagaan semalam..

You Go Baney !!!




Minute meeting akan menyusul dan page Khairat Kematian untuk semua ahli LV akan di kemaskini dalam masa terdekat....

Tungguuuuu.........  tak sabau tunggu, sila join our next meeting .. hokeh!

Friday, January 24, 2014

Tazkirah (Week #4) - Rahsia Solat

Assalamualaikum ...

Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang.

Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.

==========
  SUBUH
==========
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

==========
  ZOHOR
==========
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

==========
  ASAR
==========
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

==========
  MAGHRIB
==========
Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (berhenti untuk solat Maghrib amat digalakkan) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

==========
  ISYAK
==========
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Thursday, January 16, 2014

Tazkirah ( Week# 3 ) ~ Ummul Mukminin AISYAH r.a

Salam Lafies mifies yang dikasihi......

Semoga sifat dan perwatakan Ummul Mukminin AISYAH r.a kepada baginda Rasulullah dapat diteladani ..... kita kan baru 24 Lafies......hehe

BIODATA
Nama: Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq r.a
Gelaran: Al-Humaira (putih kemerah-merahan)
Tempat lahir: Mekkah al-Mukarramah
Tarikh lahir: 8 tahun sebelum hijrah:614M
Nama bapa:Abu Bakar Abu Quhafah
Nama Ibu:Ruman binti Umairah b Amir
Nama suami: Muhammad b Abdullah  (Rasulullah SAW)
Tarikh wafat: 17 Ramadhan tahun 58 hijrah
Tarikh perkahwinan:  Bulan Syawal, tahun 10 kenabian
Umur Wafat: 67 tahun
Tempat wafat dan di Maqamkan: al-Baqi’, Madinah al-Munawwarah
SIFAT MULIA
Bersungguh-sungguh menuntut ilmu:
Sejak kecil/zaman kanak-kanak menunjukkan minat yg dalam terhadap ilmu
Dermawan:
Sanggup menjual barang keperluannya  semata-maat membantu orang lain.
Taat dan tegas:
Taat dan patuh kepada ibu bapa dan suami.Tegas dan berani menegakkan kebenaran.
Sabar Cekal dan Tabah:
Tidak penah mengeluh walau menempuh pelbagai cabaran. Cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan seperti fitnah dalam peristiwa “HadithulIfqun
SUMBANGAN
TAFSIR AL-QURAN:
-Memperkaya bidang tafsir al-quran
-Sering dijadikan tempat rujukan bagi para sahabat
KEWANITAAN:
-Memberi petua tentang agama terutama yang berkaitan dengan kewanitaan
-Seorang pejuang Islam yang bersama Rasulullah  dlm beberapa peperangan menentang musuh
HADIS :
-Banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah . Sebanyak tidak kurang 1210 hadis telah diriwayatkannya

SIRAH
Wahyu AllahRasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,
“Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku, ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya” [HR Bukhari dan Muslim].
Beliaulah penyeri hidup Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah radiallahu anha. Gaya lincahnya membuatkan Rasulullah sering terhibur. Kehidupan rumah tangga mereka dipenuhi suasana ceria, bahagia dan tenteram. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam memupuk kasih sayang dan menarik perhatian Rasulullah. Perkara-perkara yang digemari Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam sangat diutamakannya. Beliau sering mencari-cari kesempatan merapatkan hubungan dengan keluarga baginda. Penampilan dirinya sentiasa dijaga agar kemas, cantik, harum dengan wangi-wangian yang disukai suaminya, Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.
Namun ada perkara lain yang menyebabkan Saidatina Aisyah begitu istimewa di hati Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sehingga membuatkan isteri-isteri baginda yang lain merasa cemburu melihat layanan istimewa baginda serta orang ramai terhadap Saidatina Aisyah yang pintar itu. Rasulullah lantas berterus terang,
“Janganlah kalian mengguris hatiku kerana Aisyah. Demi Allah, aku tidak pernah menerima wahyu ketika bersama isteri-isteri lain kecuali ketika aku bersama Aisyah.”
Tersentuh perasaan hati para ummahatul mukminin dek mendengarkan penjelasan Rasulullah. Sesalan menyelubungi hati mereka. Jika begitu sekali istimewanya Aisyah di sisi Allah Subhanahu wa Taala, mengapa pula mereka mempertikaikannya. Lantas perkara itu tidak lagi ditimbulkan setelah itu.
Sifat Cemburu
Aisyah radhiyallahu anha adalah seorang wanita pencemburu, hal ini terjadi karena begitu besar rasa cintanya kepada kekasihnya yaitu Rasulullah shalallahu alaihi wassalam.Nah, marilah kita hayati kisah baginda!
Dari Aisyah, bahwa Rasulullah SAW keluar dari rumahnya pada suatu malam. Aisyah menuturkan, “Maka aku pun menjadi cemburu kepada baginda sekiranya baginda mendatangi isteri yang lain. Kemudian beliau kembali lagi dan melihat apa yang terjadi pada diriku.
“Apakah engkau sedang cemburu?” tanya baginda.
“Apakah orang semacam aku ini tidak layak cemburu terhadap orang seperti engkau ?”
“Rupanya syaitan telah datang kepadamu”, sabda baginda.
“Apakah ada syaitan besertaku?’ tanyaku
“Tak seorangpun melainkan bersamanya ada syaitan” jawab baginda.
“Besertamu pula?” tanyaku.
“Ya, hanya saja Allah menolongku untuk mengalahkannya sehingga aku selamat”, jawab baginda.(ditakrij Muslim dan Nasa’i)
Dari Aisyah, dia berkata, “Aku tidak pernah melihat orang yang pandai masak seperti halnya Shafiyah. Suatu hari dia membuatkan makanan bagi Rasulullah SAW, yang ketika itu beliau di rumahku. Seketika itu badanku gemetar kerena rasa cemburu yang menggelegak. Lalu aku memecahkan bejana Shafiyah. Aku pun menjadi menyesal sendiri.
Aku berkata,”Wahai Rasulullah, apa tebusan atas apa yang aku lakukan ini?”
Baginda menjawab, “Bejana harus diganti dengan bejana yang sama, makanan harus diganti dengan makanan yang sama”, (ditakrij Abu Daud dan An-Nasa’i)
Dalam riwayat lain dari Anas bin Malik , dia menceritakan, Nabi SAW pernah berada disisi salah seorang isterinya. Kemudian seorang dari ummul mukminin mengirimkan satu mangkuk makanan. Lalu isteri Nabi yang berada dirumahnya memukul tangan Rasulullah sehingga mangkuk itu jatuh dan pecah.
Maka Nabi pun mengambil dan mengumpulkan makanan di dalamnya. Baginda berkata:”Ibumu cemburu, makanlah.”
Maka mereka pun segera memakannya. Sehingga baginda memberikan mangkuk yang masih utuh dari isteri dimana beliau berada, dan meninggalkan mangkuk yang telah pecah tersebut di rumah istri yang memecahkannya. (HR.Bukhari, Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah)
Hadis senada diatas dengan beberapa tambahan, yaitu di dalam Ash-Shahih, dari hadits Humaid dari Anas Radhiyallahu anhu, dia berkata,” Ada di antara istri Nabi shalallahu alaihi wassalam yang menghadiahkan semangkuk roti dicampur kuah kepada baginda, ketika baginda berada di rumah istri beliau yang lain (Aisyah).
Aisyah menepis tangan pembantu yang membawa mangkuk, sehingga mangkuk itu pun jatuh dan pecah. Nabi SAW langsung memunguti roti itu dan meletakkan kembali diatas mangkuk, seraya berkata, “Makanlah. Ibu kalian sedang cemburu.”
Setelah itu baginda menunggu mangkuk pengganti dan memberikan mangkuk yang pecah itu kepada Aisyah”.(diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud dan Nasa’i)
Begitupula kecemburuan Aisyah terhadap Shafiyah. Tatkala Rasulullah tiba di Madinah bersama Shafiyah yang telah dinikahinya, dan beliau berbulan madu bersamanya ditengah jalan, maka Aisyah berkata, “Aku menyamar lalu keluar untuk melihat.
Namun baginda mengenaliku. Baginda hendak menghampiriku, namun aku berbalik dan mempercepat langkah kaki. Namun baginda dapat menyusul lalu menahanku, seraya bertanya,”Bagaimana pendapatmu tentang dia?”
Aku menjawab, “Dia adalah wanita Yahudi di tengah para wanita yang menjadi tawanan” (ditakrij Ibnu Majah).
Aisyah Radhiyallahu anha pernah berkata, “Aku tidak pernah cemburu terhadap wanita seperti kecemburuanku terhadap Khadijah, karena Nabi SAW seringkali menyebut namanya.
Suatu hari baginda juga menyebut namanya, lalu aku berkata, “Apa yang engkau lakukan terhadap wanita tua yang merah kedua sudut mulutnya? Padahal Allah telah memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadamu”.
Beliau bersabda, “Demi Allah, Allah tidak memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadaku” (Diriwayatkan Bukhari)

Tuesday, January 14, 2014

Sekitar Lafies Kick off Meeting Jan 2014

Kita mulakan dengan mengisi borang keahlian Lafies Venture.
Ibu-ibu millenium..., nombor telefon rumah, senarai nama anak dan tarikh lahir kena cek di smart phone dulu....





Sempena bermesyuarat di hari jadi Nabi kesayangan umat, kita mulakan dengan bacaan Yassin. Surah Yassin di taja oleh Puan Jun Fonda dari Biro Rekreasi. Alhamdulillah.





 Fath baca doa Yassin short cut.  Panjang sangat katanya...




 
 Dari zaman sekolah suka dok belakang-belakang....





Khusyuk...




Undi nama Company. Tak kecoh bukan kaum ibu namanya...





Vice Secretary Puan Wawa bercakap...





 Kajol dan Hema Malini Malaysia... yeah!!




Kome duduk belakang sah buat lawak kangkung ...





Serius. Presiden sedang bercakap. 





Naib Presiden agihkan kerja.  Semua kena kerja ! Jangan malas !





Khusyuk...







Syabas Puan Baney !!  ada anak kecik tidak menghalang kita bergerak aktif !!





Tokeh Mary Kay berkongsi pengetahuan.





 Eh ! sudah time makannnn !!!





Sat...sat.... belum sedia...





Peaceeeee............





Yeeehaa !!!



LAFIES CORP BEGIN (Meeting #3)

TO        :           ALL LAFIES CORP MEMBERS                            
FROM   :           AIDA, PROTEM SECRETARY GENERAL


NOTICE OF 1ST PRO-TEM LAFIES MEETING

Notice is hereby given that the 1st Pro-Tem Meeting of LAFIES CORP will be held as follows:

                        DATE    :           14 JANUARY 2014 (TUESDAY)
                        TIME     :           11AM - 2PM SHARP (10.30AM – REGISTRATION)
                        VENUE  :           7A, JALAN USJ 1/20, 47600 SUBANG JAYA, SELANGOR


AGENDA

11.OO AM        Pro-Tem President’s Welcome Address
11.05 AM          Bacaan Yassin & Doa Selamat
11.45 AM          Light Refreshment served
12.00NN           To transact the following matters:

1.                      Adoption of Corporation’s name and Logo
    Proposed: Lafies Corp, TIKL Lafies 88, Hadana West
    Open for suggestions

2.                      Online registration: Member’s particulars
3.                      Membership yearly fees, Opening of Bank Account
4.                      Calendar of Meeting -  All Bureau
5.                      Calendar of Event/Activities/Traveling; Recreation Bureau
6.                      Welfare Division -   Welfare Bureau
    Collection for Khairat Kematian, Hospitalization / Accident / Critical illness
    Reward for Children to further study to University/College
    Charity event: Cooking classes, Make up/Hairstyling for Mahram only, Fashionista, etc
    Group Insurance

7.                      Financial Support
    Short/Medium/Long term loan (FREE FROM INTEREST, SAY NO TO RIBA’
    Up to RM30,000.00 per year


8.                      Biz Division
    Cleaning Service, Islamic Practice: eg - Toilet cleaning, baca doa before entering the toilet
    Kindergarden / Nursery
    Mak Andam / Beauty Specialist
    Bread & Pastries
    Wedding Tent & Chairs
    Online business

9.                      Blog updates / writers / newsletter - Media Bureau
10.                  Appointment of Auditors for the ensuing year
11.                  Other matters.


1.00 PM            Lunch served
2.00 PM            Adjournment of Inaugural 1st Lafies Meeting


BY ORDER OF THE BOARD

Aida.Lafies
Protem Secretary General

Wednesday, January 8, 2014

Throwback ~ LAFIES Corp outing

Tarikh : Lupa....
Tempat : INTEKMA Shah Alam......

Oleh sebab dah wujud blog LAFIES Corp ada baiknya aku copy buh sini untuk tatapan LAFIES MIFIES semua yek!

Pengembaraan LAFIES pun bermula.......
Jangan jeles yeh..... RATU-RATU Zon Kajang tengah berposing sakan sebelum memulakan pengembaraannya..... hehe ......


Carpool je senang...... biar Sher je yang lenguh tangan pegang stereng! hehe....

Makanan Hi-Tea kat INTEKMA ni, rasanya tidak mengecewakan, berpadananlah dengan harga RM39.00. Yang tak bestnya Hi-Tea time sampai pukul 4 petang je......

Ini aje yang sempat mak snap......  
Korang dapat rasa lagi tak bagaimana gamatnya INTEKMA waktu tu! Bayangkan ajelah, bila LAFIES dari pelusuk zon berkumpul dan berjumpa balik setelah lebih 20 tahun.

Geng Awam 1!


Geng Awam 2..... Lupa ingatan sekejap....      Seri awak Ukurkan?

Tokey besar...... tokey roti, tokey tadika, tokey komputer pun ADA!

Yang ni mak yang PUNYA........ daripada Kekna...TQ Kekna!


Yang diri tu Tokey Telo Goyang! haha...... Syaf awak Tokey apa?

Ain punyalah khusyuk dengar Rubi merapu sampai tertidur! hehe.....

Tak tau dah weyh nak merapu apa lagi!








Tumpang glemer dengan mekap artis! Best dress yeh ko Naza petang tu!..... Jeles mak! hehe....


Ruby lain kali hang boleh jadi MC lagi....pandai hang merapu yek! 

Ima si mata coklat! Ima yang dapat mak punya souvenir..... ada lagi tak Ima oiii ka dah hancuq....
  


Memang bestlah OUTING hari tu, harapnya ada yang secondkan geng!......
Muka korang semua tak berubahkan!!!.... Masih macam MUKA ANAK DARA sweet 24 !..... 


Macam biasalah, last but not least..... kena tempek picto my SPONSORED from head to toe dan my SWEETHEART yang sanggup tunggu dan ambik mak hari tu..... Love U darling! ....


Nanti aku copy lagi entri yang ada kaitan dengan LAFIES yek! 

Tuesday, January 7, 2014

Tazkirah (Week #2) - Kelebihan WUDUK

Salam Lafies mifies.....

Macam sedap je ko punya Japanese Cotton tu Tek.....  macam gebu gebas je, naik nafsu mak weyh .... terus teringin mak nak buat! Nak kena pi cari cream cheese hari ni  jugak tu gayanya.... hehe....

Dah.....dah....cukup pasal duniawi mak oiii, mai baca pasal ukhrawi pulak.......



Nampak macam mudah je kan nak gugurkan dosa dosa yang dibuat dek anggota badan kita ni tapi masih berat jugak yek nak mengekalkan diri dalam keadaan wuduk sepanjang masa!

Ohh..... DIRIKU SENDIRI..... apa nak jadi!



Monday, January 6, 2014

Dari Dapur Lafies - Cotton Soft Japanese Cheesecake



Atas pemintaan Wawa, resepi nya ya seperti di bawah...
 
 
 
 
nyum..nyum... the best shape aku dapat sebab dia tau nak masuk blog kot.
 
A
250 gm cream cheese
100ml fresh milk
50g butter
 
B
6 egg yolks
60g cake flour
20g corn flour
1/4 tsp salt
 
C
6 white eggs
1/4 tsp cream of tartar
140g castor sugar
 
160 Celcius selama 1 jam 10 minit
 
 


mula-mula.... bahagian A - cairkan cream cheese, butter dengan campuran susu dengan cara doule boil.

Kacau dengan egg beater hingga batter jadi smooth.

bahagian A bercampur dgn bahagian B.

biarkan batter sejuk sebentar.... pukulkan kuning telur .. tidk perlu lama.., cukup hingga sebati .


kaup dan balikkan campuran cake flour, corn flour dan garam ke dalam batter di atas.  Jangan lupa ayak tepung ..kalau tidak hasilnya berketul2 dalam batter.  Tak cun.

kaup dan balik tau... jgn pukul dengan egg beater nanti udara dalamnya ilang dan kek bantat.


Bahagian C

dengan mixer, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan cream of tartar dan gula castor.
Pukul kuat hingga jadi peak.  (putih telur tak jatuh walaupun bowl mixer diterbalikkan)


 

Bahagian A/B campur ke C

masukkan batter ke dalam campuran putih telur. Jangan masukkan batter sekaligus... masukkan sikit-sikit dan kaup dan balikkan. 

Kaup dan balikkan tau !  kalau idak udara dari putih telur habis keluar dan kek bantat.


lapikkan bawah dan keliling pan dengan kertas minyak... kek akan naikmaka pastikan kertas di tepi pan tinggi dari pan supaya kek tidak melimpah keluar.

oleh kerana permukaan kek senang hitam, letakkan aluminium foil untuk 1 jam pertama.  tinggikan aluminium foil agar tidak terkena permukaan kek.





 
 



selepas sejam, sambung lagi 10 minit memasak tanpa aluminium foil agar permukaan nya berwarna gelap sedikit.

ohya.... oleh kerana cheesecake selalunya di masak dengan cara waterbath untuk mengekalkan kelembapan maka jgn lupa semangkuk air diletakkan dibawah oven dari awal pemanasan oven dilakukan.

siap masak, tinggalkan kek di dalam oven dengan pintu oven terbuka sedikit selama 30 minit. perubahan suhu mendadak boleh menyebabkan kek mengecut..