Lafies Business


hey Lafies ... if you've never lost your mind then you've never been to Batik's Cafe.

If you cannot be positive then you should join Energy Academy.

I don't have time to worry about who doesn't like me, I'm too busy loving myself from
Sentuhan Derina.

You can never be overdressed, let's try The Bliss....

I love designer shoes, lipsticks, travelling and Mahdi's Cordial !



Thursday, December 19, 2013

Tips menanam pokok

haa.. ini tips dipetik dari kompilasi lafies dlm WA...


Pokok belimbing tak berbuah 
letak lebihan sayur seperti  batang kangkung, kulit bawang.. lepas sebulan insyaAllah pokok berbuah

Menanam cili
1. jemur biji cili agar tidak gugur & rosak sebelum cukup umur
2. letak  air basuhan beras

Mangga cepat berbuah
Pastikan setiap pucuk ada 3 cabang
kurangkan daun supaya ia tak menggunakan byk baja

boleh check banyak lagi info dalam blog ni -> http://www.myherba.com/

iNI DARI BLOG.. http://4i5y4tuberose.blogspot.com
1. Daun Kari
  • Dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan boleh mengatasi masalah penghadaman
  • Jus daunnya di campur dengan jus limau nipis dan digunakan untuk mengatasi loya dan pening akibat makan lemak yang berlebihan - caranya mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan jus limau nipis.
  • Jus daun kari yang dicampur madu juga boleh mengatasi cirit - birit dan buasir
  • Air rebusan kulit batangnya yang dikeringkan juga dapat mengubat kencing manis.
  • Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan juga dikatakan dapat mencegah kencing manis akibat kegemukan dan keturunan.
  • Dikatakan juga, daun kari dapat mencegah uban.
  • Buahnya yang dididihkan dengan minyak kelapa sehingga kehitaman, boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigtan serangga dan haiwan berbisa.
  • Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes dan boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalkan pada tempat yang sakit.



2. Limau Purut
  • Daunnya dikatakan mempunyai kualiti anti histamin (adalahsebatian nitrogen organik yang terlibat dalam tindak balastempatan imun serta mengawal fungsi fisiologi dalam usus danbertindak sebagai neurotransmitter. [2), anti kelemumur, anti spasmodic (yang berhubungan dengan atau terjejas ataudicirikan oleh kekejangan) dan aktiviti hypotensive (tekanan darah rendah atau berkhidmat untuk mengurangkan tekanan darah.)
  • Selain dari mandian wap, daunnya juga boleh dijadikan syampu untuk kelemumur
  • Jus buahnya pula dikatakan boleh menguatkan kesihatan gusi dan juga boleh digunakan untuk memberus gigi
  • Minyak pati dari daunnya pula boleh digunakan sebagai agen perasa dan ditambah ke dalam produk kosmesuetikal seperti sabun dan losyen.
3. Kaduk
  • Air Rebusan akarnya dikatakan boleh melawaskan kencing
  • Air rebusan daunnya untuk merawat demam malaria.
  • Ianya juga boleh melegakan batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang.
  • Daunnya yang ditumbuk boleh dijadikan ubat panau dengan meletakkan daun yang ditumbuk di tempat panau.
4. Lidah Buaya
  • Jeli dari daunnya boleh di buat minuman dan di masak sup
  • Rawatan untuk Penyakit kulit, luka, kulit terbakar, sembelit, sembab, batuk, kesakitan, bengkak, asma, Sakit urat, luekemia, kanser paru-paru, bengkak spleen, buasir, uluran sebagai antibiotic, anti septik, julap, penggalak haid, penggalak muntah, kecacingan, penyakit mata, bengkak, demam, rawatan selepas bersalin, dan barah payudara
5. Mas Cotek
  • Berkesan untuk menyembuhkan dan memperbetulkan kerosakan urat saraf: Keringkan 2-3 helai daun campuran antara pokok jantan dan betina, dan rebus dengan 3 cawan air sehingga tinggal secawan penuh, minum air rebusan tersebut bila suam
  • Untuk wanita yang baru bersalin, ianya di gunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal dan untuk mengecutkan rahim.
  • digunakan untuk mengubati paru-paru berair.
  • selain dari merebus daun dan akar nya, buahnya juga boleh dimakan untuk menyihatkan badan.
    6. Ulam Raja
    • Pucuk dan daun muda: Dimakan sebahagai sayur ulam yang mentah, untuk membuat kerabu, atau di masak sebagai lauk. Daun ulam mempunyai rasa dan bau yang agak kuat.
    • Semua bahagian pokok: Boleh dimasak dan direbus untuk diminum sebagai ubat herba bagi mencuci darah, menguatkan otot dan menguatkan tulang.
    7. Kesum 
    • Merawat kelemumur: Daun dilumat dan dilumur di atas kulit kepala
    • Membantu menghadamkan makanan dan menghilangkan sakit perut  bagi wanita baru bersalin: pupuk daun di atas perut dan minum air rebusan daun ini.
    8. Bunga Telang 
    • Akar: Digunakan untuk tujuan melawaskan air kencing dan sebagai julap
    • Biji: Dihancurkan dan serbuknya ditelan sebagai julap (mencuci perut) Pengunaan yang sedikit boleh membuka selera makan
    • Daun: Direndam dan airnya digunakan untuk mencuci mata sebagai rawatan mata merah
    • Bunga: boleh dijadikan pewarna.
    9. Misai Kucing 
    • Boleh dibancuh sebagai teh herba yan boleh diminum oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa
    • Daun segar  dikunyah dan ditelan  untuk meransang  muntah.
    • Daun segar  dan daun kering  boleh direndam  dalam air mendidih  atau di rebus untuk diminum bagi melawas air kencing , merawat alahan, kencing manis, penyempitan pembuluh nadi,  batu karang, encok, busung, jangkitan kepada sistem air kencing, kerap buang air, masalah ginjal radang, reumatik dan tekanan darah tinggi.

    3 comments:

    1. Wa....rumah aku tak dok tanah nak nanam...... nantilah tunggu balik kampung....itu pun kalo rajin!

      ReplyDelete