Lafies Business


hey Lafies ... if you've never lost your mind then you've never been to Batik's Cafe.

If you cannot be positive then you should join Energy Academy.

I don't have time to worry about who doesn't like me, I'm too busy loving myself from
Sentuhan Derina.

You can never be overdressed, let's try The Bliss....

I love designer shoes, lipsticks, travelling and Mahdi's Cordial !



Monday, June 23, 2014

Untukmu Sarah - Pesakit Acute Leukemia

Berita terkini 11 Ogos 2014
 
Sarah telah pulang ke rahmatullah tengah malam tadi dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Precint 10, Putrajaya lebih kurang jam 10 pagi.
 
Kanak-kanak berusia 12 tahun yang banyak menyentuh hati kami kini telah menjadi penghuni syurga.
 
Al Fatihah untuk Sarah.
 
 

 
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
Adik Siti Sarah bt Azman hanya berumur 8 tahun ketika di sahkan menghidapi Acute  Myeloid Leukemia dalam tahun 2010. (link Acute Myeloid Leukemia dari wiki) Kanak-kanak yang asalnya aktif di sekolah dan dirumah, disayangi rakan-rakan dan guru merupakan anak ke 4 dari 5 beradik berubah hidupnya secara drastik.  Demam yang tidak kebah-kebah akhirnya membawa adik Sarah keluar masuk hospital menjalani pelbagai rawatan untuk mengubatinya.
 
Bagi abang Azman yang bekerja sebagai polis bantuan dan tinggal di apartment kuarters kerajaan Putrajaya bersama isteri, kak Ila, ini merupakan satu cabaran besar memandangkan masa dan wang ringgit bukanlah kelebihan bagi mereka.
 
Sedih melihatkan anak yang selama ini aktif, terang hati di dalam pelajaran..mula gugur rambut panjangnya memenuhi pinggan makan ketika mahu makan malam bersama keluarga sebaik selepas menjalani rawatan chemo nya yang pertama.  Keluar masuk hospital menjadi rutin hidup Sarah sehingga akhir tahun 2013, setelah rawatan chemo tidak lagi menunjukkan kesan positif, disarankan pemindahan air tulang sum-sum oleh doctor di PPUM.
 
Maka pemindahan tulang sum-sum di jalankan dari kakak sulung Sarah yang hanya berumur 16 tahun.
3 minggu selepas pemindahan, Sarah sakit kepala.
Demam menyerang lagi. 
2 bulan di tahan di hospital dan disahkan pemindahan tidak berjaya. 
Kos rawatan rm65,000.  rm45,000 di usahakan oleh doctor PPUM mendapat pelepasan berbaki lagi rm20,000.
Jangan mencebik bibir dengan mengatakan banyak badan bantuan boleh dimohon. 
Sudah usahakan... pusat zakat, Baitulmal.... 
"Cek sudah keluar dan di pos", bilang pegawai bantuan.
Tiada.  Setiap hari menjenguk peti surat dengn harapan menggunung melangsaikan baki bil perubatan anak tersayang. Tiada.
Bila  dikemukakan pertanyaan..... jawab pegawai..."ooo isi lah lagi borang."
 
"Pemindahan sum sum tu bahaya...Kau bodoh.".  Sembur rakan2 abang Azman pabila mengetahui cerita Sarah.
Ye... panggillah aku bodoh.  Ambillah masa 15 saat membayangkan anak anda sendiri sakit bertahun-tahun. 
Jika tiada perkataan yang baik untuk diucap, usahlah berkata apa-apa.
Sebak abang Azman bercerita.
 
 
Kak Ila hanya tidur jam 1 pagi ketika kita semua sudah dibuai mimpi. 
Kak Ila bangun jam 3 pagi.. ketika kita masih dibuai mimpi.
Menyediakan barang jualan utk gerai nasi lemaknya di kawasan kuarters untuk menambah pendapatan.
 
 
Februari lepas, virus mula menyerang mata.
Sarah kini buta.
Sarah mula hilang ingatan. Mula menanyakan soalan sama berulang-ulang.
Percakapannya tidak jelas.
Tetapi....
Setiap hari Sarah berulang-ulang bertanya, "Tiga?....tiga?.. "atau Dua.  Bermaksud sudah masukkah waktu maghrib solat 3 rakaat atau subuh 2 rakaat kerana di mata Sarah, dunianya sentiasa malam dan Sarah mahu bersolat.
MasyaAllah...
 
Kos ubatan alternative untuk seminggu boleh mencecah ratusan ringgit. 
Tiada lagi rawatan hospital kerana chemo nya sudah maksimum.  Doctor sudah berhenti memberi harapan. Sel kanser sudah merebak ke otak menjejaskan percakapan, penglihatan dan pendengarannya.
 
 
Sewaktu kami melawat Sarah, ada masa dia boleh bercakap dengan jelas..seperti "Sarah tak nampak..".. tetapi selalunya dia hilang melayan dunia nya.
Kencing berak sudah tak pandai cakap.
Kaki sudah tak kuat untuk berjalan.
Tetapi masih boleh membaca doa makan dengan sangat lancar.
 
Apa nasib Sarah?  mungkin kita boleh jangkakan.
Apapula nasib kita?
 
Ujian Sarah dan keluarga bukan hanya untuk mereka...
Ujian itu untuk kita juga.... sayang sangatkah dengan harta benda... penting sangatkan keselesaan hidup dunia hingga tidak mahu menghulur walau seringgit dua.
 
Jangan tunggu hingga mereka kebulur baru mahu menderma.
Jika kita boleh tidur 8 jam setiap malam sedangkan rutin kak Ila cuma ada 2 jam, apa yang menghalang anda?
Janganlah bertangguh kerana sampai masa nya sumbangan anda tidak lagi mereka perlukan. 
 

 



Sarah hanya terbaring sambil menggenggam erat tangan Baney.




Seorang kakak menyuap nasi goreng buat adik tersayang.


 
 
Anak gadis Wawa, Izzati merupakan bekas pesakit leukemia tidak dapat menahan sebak dan keinginan untuk bertemu Sarah berkongsi semangat dan pesan.  Sarah hanya terdiam kerana sudah kurang pendengaran dan mengalami kesukaran memahami percakapan orang lain.   
 
 
Alhamdulillah terbuka peluang untuk anda menyumbang untuk meringankan kehidupan keluarga Sarah dan semoga sumbangan ikhlas ini kembali membantu kita di akhirat kelak.
 
Antara cara-cara menyumbang.
 
  1. Sumbangan terus ke akaun abang Azman seperti di bawah
  2. Membeli sambil menderma di SINI
  3. Mendoakan untuk mereka.
 

 

Sarah dan ibunya yang tabah, Kak Ila.






Terima kasih buat Ain, Baney, Jun, Ila dan Wawa atas sokongan anda.





Berita terkini 17/7/2014

Alhamdulillah setelah 3 minggu setengah promosi kek buah Untukmu Sarah dijalankan, sejumlah 80 bijik kek telah terjual yang membawa kutipan hasil jualan berserta sumbangan peribadi sebanyak RM1200.00 telah di kumpulkan hingga tempoh pagi tadi.

Kempen kek buah Untukmu Sarah berakhir di hujung Ramadhan manakala jualan kek buah akan diteruskan sepanjang tahun untuk projek berlainan yang akan di umumkan kelak.

Sumbangan, sokongan dan doa anda semua hanya Allah yang dapat membalas.

Jazakallah khairan kathira.


 
 
 
 
 
 

5 comments:

  1. Marilah kita menderma Mak Nom... beli kek pun boleh... dijamin halal... homemade tu..

    ReplyDelete
  2. Nmpk zahir sihat ya. Tak sangka dia sedang kesakitan.Ya Allah, sembuhkn lah adik ini, kasihi, kasihani lah dia dan lindungi lah dia. Tabahkn hati ibu dan ayahnya.

    ReplyDelete
  3. Nama abahnya Azman bin Adol bukan Abol seperti dalam gambar.

    Tq atas sumbangan komer - saya bapak saudara Sarah

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah buat arwah....... Syurgalah tempat mu Sarah

    ReplyDelete