Lafies Business


hey Lafies ... if you've never lost your mind then you've never been to Batik's Cafe.

If you cannot be positive then you should join Energy Academy.

I don't have time to worry about who doesn't like me, I'm too busy loving myself from
Sentuhan Derina.

You can never be overdressed, let's try The Bliss....

I love designer shoes, lipsticks, travelling and Mahdi's Cordial !



Monday, January 6, 2014

Dari Dapur Lafies - Cotton Soft Japanese Cheesecake



Atas pemintaan Wawa, resepi nya ya seperti di bawah...
 
 
 
 
nyum..nyum... the best shape aku dapat sebab dia tau nak masuk blog kot.
 
A
250 gm cream cheese
100ml fresh milk
50g butter
 
B
6 egg yolks
60g cake flour
20g corn flour
1/4 tsp salt
 
C
6 white eggs
1/4 tsp cream of tartar
140g castor sugar
 
160 Celcius selama 1 jam 10 minit
 
 


mula-mula.... bahagian A - cairkan cream cheese, butter dengan campuran susu dengan cara doule boil.

Kacau dengan egg beater hingga batter jadi smooth.

bahagian A bercampur dgn bahagian B.

biarkan batter sejuk sebentar.... pukulkan kuning telur .. tidk perlu lama.., cukup hingga sebati .


kaup dan balikkan campuran cake flour, corn flour dan garam ke dalam batter di atas.  Jangan lupa ayak tepung ..kalau tidak hasilnya berketul2 dalam batter.  Tak cun.

kaup dan balik tau... jgn pukul dengan egg beater nanti udara dalamnya ilang dan kek bantat.


Bahagian C

dengan mixer, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan cream of tartar dan gula castor.
Pukul kuat hingga jadi peak.  (putih telur tak jatuh walaupun bowl mixer diterbalikkan)


 

Bahagian A/B campur ke C

masukkan batter ke dalam campuran putih telur. Jangan masukkan batter sekaligus... masukkan sikit-sikit dan kaup dan balikkan. 

Kaup dan balikkan tau !  kalau idak udara dari putih telur habis keluar dan kek bantat.


lapikkan bawah dan keliling pan dengan kertas minyak... kek akan naikmaka pastikan kertas di tepi pan tinggi dari pan supaya kek tidak melimpah keluar.

oleh kerana permukaan kek senang hitam, letakkan aluminium foil untuk 1 jam pertama.  tinggikan aluminium foil agar tidak terkena permukaan kek.





 
 



selepas sejam, sambung lagi 10 minit memasak tanpa aluminium foil agar permukaan nya berwarna gelap sedikit.

ohya.... oleh kerana cheesecake selalunya di masak dengan cara waterbath untuk mengekalkan kelembapan maka jgn lupa semangkuk air diletakkan dibawah oven dari awal pemanasan oven dilakukan.

siap masak, tinggalkan kek di dalam oven dengan pintu oven terbuka sedikit selama 30 minit. perubahan suhu mendadak boleh menyebabkan kek mengecut..

4 comments:

  1. Macam sedap je tu.....macam teringin nak buat jer mak...... tapi oven aku kecik je weyh....cukup ke nak letak mangkuk bawah tu...buh ayaq dalam tray oven boleh gak yek!

    ReplyDelete
  2. boleh Nom. tu cara memula dulu org buat waterbath...aku nya cara org malas.

    ReplyDelete
  3. Linda.. teknik double boiler tu kalu aq tukar ngan masuk je terus dlm microwave blh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wawa.. ada yg guna steamer.... aku rasa ok je sbb motifnya nak mencairkan cream cheese.

      Delete