Lafies Business


hey Lafies ... if you've never lost your mind then you've never been to Batik's Cafe.

If you cannot be positive then you should join Energy Academy.

I don't have time to worry about who doesn't like me, I'm too busy loving myself from
Sentuhan Derina.

You can never be overdressed, let's try The Bliss....

I love designer shoes, lipsticks, travelling and Mahdi's Cordial !



Saturday, January 4, 2014

Tazkirah (Week #1)






Pernah buat tak macamni? 
Bila keluar makan/minum atau tengah pegang gelas berisi air, tiba2 ada rasa tak puas hati kat sesiapa, then 'ter'mengumpat depan air tu, atau marah2 depan air, pendek kata cakap benda2 negatif depan air tu. 

Pernah buat tak? 
Tau tak sebenarnya air tu 'perakam' yang terbaik?
Ia akan 'rakam' semua yang ada depannya. Sebab tu kalau perasan, orang selalu baca Yassin depan air, sebab nak 'rakam' vibration2 dan energy2 positif dari Al Quran itu. Air kan akan 'bersatu' dalam badan kita. 

Cuba bayangkan anda sedap ngumpat2, dan marah2 (energy negatif) depan air,lepastu minum pulak air yang di'rakam' dengan aura negatif tu? Ahha, sebab tu kadang2 kita cepat emo, susah nak terima ilmu, payah nak berubah yang lebih baik, sebab kita dah 'rakam' benda2 negatif dan masukkan dalam badan kita. Wallahualam. 



  • Surah Al-Fatihah dapat Memadam kemurkaan Allah SWT.
  • Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.          
  • Surah Dukhan dpt membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.         
  • Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.        
  • Surah Al-Mulk dpt meringankan azab di dalam kubur.    
  • Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.         
  • Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi          kematian.
  •  Surah Al-Ikhlas dpt melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.         
  • Surah Al-Falq dpt menghapuskan perasaan hasad dengki.         
  • Surah An-Nas dpt melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.         

  • Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana dikatakan juga:-    
  • Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...          
  • Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.          
  • Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.          
  • Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.          
  • Ketika anda amalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan          membaca AL-QURAN dan amalkannya agar syaitan terus stroke.          
  • Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini,          syaitan pun mencegahnya.          
  • Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG...

Wednesday, January 1, 2014

Nasi Arab, SABA Restoran Cyberjaya

Salam sayang buat Lafies dihari cuti TAHUN BARU ni.....
Senyap je Whatsapp petang ni? Lafies tengah terbongkang ke? hehe.....

Ni nak inform kat korang ni .......akhirnya sampailah jugak aku ke sini......
Tak sanggup weyh...... asyik dimomokkan dengan berita berita yang menggiurkan daripada geng bloggers dan Lafies terutamanya Kak TEK yang kata SEDAP, SEDAP, nasi Arab kat Restoran SABA, Cyberjaya ni......... Siap buat rombongan makan tanpa mak lagi. Pergh!!!...... manalah mak tahan kalau macam ni......

Hari ni memang SESUAI BANGET lah aku bodek Berahim lunch kat sini..... yang menjadinya bodekan aku ni, sebab Brahim memang penggemar nasi nasi gini.....


Bukan main lagi ordernya...sorang sepinggan...... Jakun weyh!!! 1 Mandy Ayam, 2 Hanith Ayam dan 1 Kabsah Kambing..... Weyh.... tukang bayau punya nasi surelah paling mahal RM15 henggit hehe..... 
                    

Ni nasi aku..... lain kali eloknya ambik yang Large, pas tu bahagi 2, untuk 2 orang makan!.....
 Jenuh nak menghabiskan nasi dia...... walaupun banyak, habis jugaklah mak kerjakan hehe...

Setelah ditimbang tara, ditolak, ditambah..... tercari cari jugak aku tang mana sedapnya tu......

Pada pendapat aku, rasa dia biasa biasa aje, sama je dengan Nasi Arab yang pernah aku makan. Harga pun lebih kurang sama.  Rasanya lebih puas hati yang aku makan kat Bandar Hussein Onn hari tu kot.......Nasi MANDY dengan sekilo kambing . Dahlah dekat dengan rumah, orang pun tak ramai! Atau mungkin hari tu makan sedulang kongsi 5 orang! Makan berebut?

Apa pun tekak orang, lain lainkan..... Tekak aku kan tekak orang kampung, selalu makan beras cap Rambutan je....hehe....

Selamat Tahun Baru



Semoga diri kita di tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya...

Tuesday, December 31, 2013

tips menggalakkan anak2 minat membaca.

Bagaimana mahu menggalakkan anak-anak membaca kiranya..

1. ibu bapa sendiri malas membaca?
kepimpinan melalui teladan amat perlu dalam menjadikan kita role model kepada anak-anak. Ibu bapa yg suka menambah ilmu secara tidak langsung melahirkan generasi yang cintakan ilmu.

Cara terbaik permulaan membaca adalah dengan membacakan buku pada anak2 seawal usia kerana mereka sudah mengenal warna, gambar dan membelek flash card.




2. bahan bacaan yang sangat terhad.
Belikan buku anak2 pada awal bulan sebaik mendapat gaji.  Kerana ilmu yang dibeli takkan habis manakala jika menunggu akhir bulan pasti ada perbelanjaan hangus lain yang kita dahulukan.
buku.. suratkhabar ..majalah.. bahan bacaan sentiasa di dalam pemandangan anak anda dirumah.





3. Beri pilihan pada anak2 untuk memilih buku.
Pada peringkat awal menggalakkan minat membaca, apa saja penulisan yang menjadi kegemaran mereka, sediakan !.  Komik, ruangan kartun dan sebagainya.....  sejajar dengan peningkatan usia dan kematangan fikiran, bolehlah kita masukkan buku2 yang lebih matang dan pengisian yang padat.
Tetapi, pastikan juga pilihan mereka bersesuaian dengan umur !


 
 
 
 
4. Setkan masa membaca.
Dengan pengaruh media electronic amat mudah melalaikan anak2 dengan video game , penggunaan computer, ipod, dan sebagainya.  Anak2 memerlukan ibubapa untuk memberitahu mereka apa yang perlu mereka lakukan setiap hari.  Jangan mengharapkan mereka tahu sendiri.
Beri mereka masa untuk menggunakan computer, masa sekurang2 nya sejam untuk membaca dan sejam untuk aktiviti luar rumah.
 
DAN IYA !! kita harus melakukan aktiviti membaca bersama-sama mereka !!
 
 
 
Akhir kata, setiap perbuatan dimulakan dengan nawaitu yang baik dan pemikiran yang bersih in sha Allah membuahkan hasil yang tidak terjangkau di fikiran. 

LAFIES CORP BEGIN (Meeting #2)

LAFIES CORP BEGIN
Date: Wednesday, December 25, 2013
Time: 4.00 pm
Venue: Banun's Mansion

ATTENDANCE:
KekNa                                                                      Azurain
Aida                                                                         Seri Banun
Jun                                                                            Fathy
Wawa                                                                       Werda
Linda (left earlier)                                                      Azmila
Shaf                                                                          Sher
Asiah                                                                        Ruby (left earlier)

INTRODUCTION
The Bizztalk was chaired by Wawa and held informally in Seri Banun's private kitchen after triple birthday celebration for Jun, Seri and Aida.

MATTER DISCUSSED
1.0 COMMITTEE MEMBERS
The main agenda discussed in this meeting was the formation of Lafies Corp Committee Members.
A.    Sher refused to accept her pre-appointment as the LafiesCorp first President.
B.     Seri Banun suggested that the right person to hold that position at least for the first term is KekNa. All attendees agreed with the proposal.
C.     The meeting attendees agreed to register Lafiescorp as a company instead of co-op due to complicated procedures which will drag the formation of the group. The formation of LLP company was proposed for its simple procedure.
D.    The meeting attendees also agreed and confirmed to form the Committee Members as below:
President: Sarina
V. President 1: Sheriza
V. President 2: Seri Banun
Secretary: Aida
V. Secretary: Wawa
Treasurer: Azurain
V. Treasurer: Syaf
Recreation Bureau: Jun & Baney
Media Bureau: Linda & Anom

Welfare Bureau: Fathy
Puchong Zone: Baney
Klang Zone: Siti Ruzita & Werda
Shah Alam Zone: Azmila & Ruby
Kajang Zone: Rozanayati
Rawang Zone: Nezie
Outstation Zone: Anis

2.0 PREVIOUS GATHERING
On behalf of Lafies, Fathy expressed high appreciation to Azmila for the previous gathering on December 16, 2013 held at her mansion.  She also highlighted the possiblity of 'rezeki Allah' towards Azmila and family after the hosting of 'makan2' or in other words...sedekah to friends.

3.0 RESPONSIBILITIES
Media Bureau to start updating Lafies Blog. Recreation Bureau to start checking on possible lafies trip destinations i.e Jun to arrange Pengkalan Balak family trip as Lafies first recreational activity. Wawa suggested Jun to propose jogging or exercise during any Lafies gathering to add varieties in our activities. Welfare Bureau to start posting/sharing weekly "tazkirah' via you tube/link/WA to all

4.0 NEXT MEETING
The meeting was adjourned at 5.00 pm and the next meeting is scheduled on January 14, 2014, 11.00 am at Kekna's Office. The main Agenda in this coming meeting is to finalize the formation of LafiesCorp Committee members and to complete the online registration to incorporate LafiesCorp via SSM dedicated MyLLP portal.


PREPARED BY
Aida.Lafies

Dari Dapur Lafies - Kuzi ayam

Kuzi ayam (Wawa)
1 ekor ayam - potong saiz kecil/sederhana
½ botol sos tomato Del Monte
1 tin susu cair
3 cawan air (atau lebih kalau nak kuah lebih) 
Garam & gula secukup rasa

Bahan potong kiub/goreng
Hempedal ayam,
Hati ayam (rebus dulu), kalau suka
5 biji ubi kentang - potong kiub sederhana
2 biji bawang besar  - kiub
15 biji bawang merah – goreng & tumbuk halus
½ cawan kismis
½ cawan badam


Bahan tumis
1 cawan Minyak sapi + Sedikit minyak masak

3 camca besar rempah kuzi
9 biji bawang merah #
5 biji bawang putih #   
½  inci halia #
Sedikit safron 
 (tumbuk bahan bertanda #)

Bahan untuk perap ayam :
5 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1/4 inci halia* 
Sedikit Safron*
2 camca besar cuka (optional)
Sedikit garam

Cara: 
  • Tumbuk bahan perapan ayam yang bertanda* dan perap ayam bersama bahan tumbuk, cuka & sedikit garam selama 30 minit. Kemudian goreng ayam setengah masak. Toskan. 
  • Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak, tumiskan bahan tumbuk, biar naik bau
  • Masukan rempah kuzi yg dicampur biarkan rempah betul-betul masak naik minyak
  • Masukan sos tomato, susu cair & air. Kacau sebati
  • Masukan bahan goreng spt ayam, bawang besar, kentang kiub. Masukkan air tambahan jika perlu, garam serta gula secukupnya. Masak sehingga kuah sedikit pekat.
  • Akhir sekali masukan buah kismis &  badam. 
  • Tutup api bila sudah secukup rasa. Angkat & hidangkan bersama nasi atau roti jala.

Dari Dapur Lafies - Gulai Daging Salai & Tempoyak Pucuk Kayu

Gulai Daging Salai (Anis)

2 kg  daging salai (timbang lepas salai - hiris nipis2)
        cili api (diblender/tumbuk)
        kunyit serbuk/kunyit hidup
3 bj   buah bacang/belimbing buluh
2 kg  santan 
3 btg serai  di tumbuk hujungnya
        garam

  • Daging direbus dengan air hingga lembut
  • Masukan santan, kunyit, cili api dan serai
  • Bila menggelegak sikit, masukkan bacang
  • Kacau sentiasa dgn api biar perlahan
  • Akhir sekali masukan garam secukup rasa

 Gulai Tempoyak Pucuk Kayu (Anis)

3 ikat      daun pucuk ubi 
5 helai    daun kunyit 
              daun pucuk kaduk (optional)
              pucuk labu (optional)
3 btg       serai (diblender)
5 papan   petai  belah 2
              sikit ikan bilis
              cili api
              serbuk kunyit
5 sudu    tempoyak   
2 kg       santan 
             garam
             gula

  • pucuk ubi, daun kunyit, kaduk, pucuk labu dihiris halus2 mcm buat bunga rampai. 
  • masukkan garam sikit dlm hirisan daun pucuk ubi & perah biar keluar warna hijaunya/pahitnya   
  • masakkan santan, ikan bilis, serai, serbuk kunyit, tempoyak dan cili api sampai pekat. 
  • bila kuah dah pekat, masukkan daun-daun dalam kuah santan
  • kacau & masukkan gula dan garam.