Lafies Business


hey Lafies ... if you've never lost your mind then you've never been to Batik's Cafe.

If you cannot be positive then you should join Energy Academy.

I don't have time to worry about who doesn't like me, I'm too busy loving myself from
Sentuhan Derina.

You can never be overdressed, let's try The Bliss....

I love designer shoes, lipsticks, travelling and Mahdi's Cordial !



Tuesday, September 2, 2014

Lafies 'Opss Syawal'

Salam sahabat Lafies........

Hari ni mak terasa baik hati pulak nak kumpulkan gambar kengkawan dan potretkan dalam blog.......
Nak harapkan korang? Nan hado ...... Nak harapkan mak jugaklah!hehe......

'Opss Syawal' bermula di rumah Wawa. Doa selamat, solat hajat dan open house sempena masuk rumah baru dirangkumkan jadi satu. Macam macamlah makanan yang ada. Pendik kata bukan puas makan aje, tapi puas le mak tengok seluruh pelusuk rumah ko Wa. Besau rumah ko Wa! Mak tumpang seronok weyh tengok mahligai kengkawan yang macam istana tu. 

Yang ni ada gambau mak, haruslah mak besaukan hehe......



Seterusnya ke rumah Tokey Wall Paper......Pergh!!! Meleleh sekali lagi mak tengok mahligai kengkawan...... Walaupun mak tak dapat menghadirkan diri, tapi atas dasar sahabat, mak letakkan jugaklah gambau kengkawan kat sini. Sian mak nengoknya kalau tak letak...... 


Nanti merajuk pulak kalau tak buh gambau mama mama vouge ni...... 



Nasib ko memang baik Nis ...... Mak baik hati hari ni, kasi tempek gambau ko satu family..... Sedondon tuuuuu.....

Yang ni 'Opss Syawal' jugak tapi kecil kecilan hehe...... 
Di mahligai Janna........ Kenyang mak breakfast Pizza pepagi dengan Nescafe 3 in 1..... 


Dah katanya kemaruk selfie, mak selfie lagi di mahligai Sher pulak........ hehe....... Mana boleh gambau Seha lebih banyak daripada gambau Tukang Karut!  



Ohhhh....sowi yang ni gambar tersesat........ bukan Opss Syawal .... tapi Opss Terjumpa hehe...... 


Udahlah itu aje...... dah nak maghrib weyh...... Mak nak bersiram dulu hehe......

Monday, June 23, 2014

Untukmu Sarah - Pesakit Acute Leukemia

Berita terkini 11 Ogos 2014
 
Sarah telah pulang ke rahmatullah tengah malam tadi dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Precint 10, Putrajaya lebih kurang jam 10 pagi.
 
Kanak-kanak berusia 12 tahun yang banyak menyentuh hati kami kini telah menjadi penghuni syurga.
 
Al Fatihah untuk Sarah.
 
 

 
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
Adik Siti Sarah bt Azman hanya berumur 8 tahun ketika di sahkan menghidapi Acute  Myeloid Leukemia dalam tahun 2010. (link Acute Myeloid Leukemia dari wiki) Kanak-kanak yang asalnya aktif di sekolah dan dirumah, disayangi rakan-rakan dan guru merupakan anak ke 4 dari 5 beradik berubah hidupnya secara drastik.  Demam yang tidak kebah-kebah akhirnya membawa adik Sarah keluar masuk hospital menjalani pelbagai rawatan untuk mengubatinya.
 
Bagi abang Azman yang bekerja sebagai polis bantuan dan tinggal di apartment kuarters kerajaan Putrajaya bersama isteri, kak Ila, ini merupakan satu cabaran besar memandangkan masa dan wang ringgit bukanlah kelebihan bagi mereka.
 
Sedih melihatkan anak yang selama ini aktif, terang hati di dalam pelajaran..mula gugur rambut panjangnya memenuhi pinggan makan ketika mahu makan malam bersama keluarga sebaik selepas menjalani rawatan chemo nya yang pertama.  Keluar masuk hospital menjadi rutin hidup Sarah sehingga akhir tahun 2013, setelah rawatan chemo tidak lagi menunjukkan kesan positif, disarankan pemindahan air tulang sum-sum oleh doctor di PPUM.
 
Maka pemindahan tulang sum-sum di jalankan dari kakak sulung Sarah yang hanya berumur 16 tahun.
3 minggu selepas pemindahan, Sarah sakit kepala.
Demam menyerang lagi. 
2 bulan di tahan di hospital dan disahkan pemindahan tidak berjaya. 
Kos rawatan rm65,000.  rm45,000 di usahakan oleh doctor PPUM mendapat pelepasan berbaki lagi rm20,000.
Jangan mencebik bibir dengan mengatakan banyak badan bantuan boleh dimohon. 
Sudah usahakan... pusat zakat, Baitulmal.... 
"Cek sudah keluar dan di pos", bilang pegawai bantuan.
Tiada.  Setiap hari menjenguk peti surat dengn harapan menggunung melangsaikan baki bil perubatan anak tersayang. Tiada.
Bila  dikemukakan pertanyaan..... jawab pegawai..."ooo isi lah lagi borang."
 
"Pemindahan sum sum tu bahaya...Kau bodoh.".  Sembur rakan2 abang Azman pabila mengetahui cerita Sarah.
Ye... panggillah aku bodoh.  Ambillah masa 15 saat membayangkan anak anda sendiri sakit bertahun-tahun. 
Jika tiada perkataan yang baik untuk diucap, usahlah berkata apa-apa.
Sebak abang Azman bercerita.
 
 
Kak Ila hanya tidur jam 1 pagi ketika kita semua sudah dibuai mimpi. 
Kak Ila bangun jam 3 pagi.. ketika kita masih dibuai mimpi.
Menyediakan barang jualan utk gerai nasi lemaknya di kawasan kuarters untuk menambah pendapatan.
 
 
Februari lepas, virus mula menyerang mata.
Sarah kini buta.
Sarah mula hilang ingatan. Mula menanyakan soalan sama berulang-ulang.
Percakapannya tidak jelas.
Tetapi....
Setiap hari Sarah berulang-ulang bertanya, "Tiga?....tiga?.. "atau Dua.  Bermaksud sudah masukkah waktu maghrib solat 3 rakaat atau subuh 2 rakaat kerana di mata Sarah, dunianya sentiasa malam dan Sarah mahu bersolat.
MasyaAllah...
 
Kos ubatan alternative untuk seminggu boleh mencecah ratusan ringgit. 
Tiada lagi rawatan hospital kerana chemo nya sudah maksimum.  Doctor sudah berhenti memberi harapan. Sel kanser sudah merebak ke otak menjejaskan percakapan, penglihatan dan pendengarannya.
 
 
Sewaktu kami melawat Sarah, ada masa dia boleh bercakap dengan jelas..seperti "Sarah tak nampak..".. tetapi selalunya dia hilang melayan dunia nya.
Kencing berak sudah tak pandai cakap.
Kaki sudah tak kuat untuk berjalan.
Tetapi masih boleh membaca doa makan dengan sangat lancar.
 
Apa nasib Sarah?  mungkin kita boleh jangkakan.
Apapula nasib kita?
 
Ujian Sarah dan keluarga bukan hanya untuk mereka...
Ujian itu untuk kita juga.... sayang sangatkah dengan harta benda... penting sangatkan keselesaan hidup dunia hingga tidak mahu menghulur walau seringgit dua.
 
Jangan tunggu hingga mereka kebulur baru mahu menderma.
Jika kita boleh tidur 8 jam setiap malam sedangkan rutin kak Ila cuma ada 2 jam, apa yang menghalang anda?
Janganlah bertangguh kerana sampai masa nya sumbangan anda tidak lagi mereka perlukan. 
 

 



Sarah hanya terbaring sambil menggenggam erat tangan Baney.




Seorang kakak menyuap nasi goreng buat adik tersayang.


 
 
Anak gadis Wawa, Izzati merupakan bekas pesakit leukemia tidak dapat menahan sebak dan keinginan untuk bertemu Sarah berkongsi semangat dan pesan.  Sarah hanya terdiam kerana sudah kurang pendengaran dan mengalami kesukaran memahami percakapan orang lain.   
 
 
Alhamdulillah terbuka peluang untuk anda menyumbang untuk meringankan kehidupan keluarga Sarah dan semoga sumbangan ikhlas ini kembali membantu kita di akhirat kelak.
 
Antara cara-cara menyumbang.
 
  1. Sumbangan terus ke akaun abang Azman seperti di bawah
  2. Membeli sambil menderma di SINI
  3. Mendoakan untuk mereka.
 

 

Sarah dan ibunya yang tabah, Kak Ila.






Terima kasih buat Ain, Baney, Jun, Ila dan Wawa atas sokongan anda.





Berita terkini 17/7/2014

Alhamdulillah setelah 3 minggu setengah promosi kek buah Untukmu Sarah dijalankan, sejumlah 80 bijik kek telah terjual yang membawa kutipan hasil jualan berserta sumbangan peribadi sebanyak RM1200.00 telah di kumpulkan hingga tempoh pagi tadi.

Kempen kek buah Untukmu Sarah berakhir di hujung Ramadhan manakala jualan kek buah akan diteruskan sepanjang tahun untuk projek berlainan yang akan di umumkan kelak.

Sumbangan, sokongan dan doa anda semua hanya Allah yang dapat membalas.

Jazakallah khairan kathira.


 
 
 
 
 
 

Fruit Cake - kempen Untukmu Sarah



Traditional Fruit Cake yang sarat dengan buah dan kekacang.
Tiada bahan penaik digunakan.
Menggunakan campuran kacang hazel, walnut dan almond dari Bagus bakery yang dijamin halal dan berkualiti.





Saiz Loyang 9 inci.  Boleh menggunakan loyang berbeza saiz mengikut permintaan.
Berat bersih 1.5kg.





Boleh dijadikan hantaran kerana fruit cake boleh bertahan lebih kurang 6 bulan di dalam peti sejuk.

Sebijik kek dengan berat 1.5kg hanyalah RM60 dimana 10% hasil jualan akan dimasukkan ke tabung Untukmu Sarah.

Harga di atas adalah untuk kotak biasa. 
Kotak khas akan digunakan atas permintaan.





Cantik dijadikan goody bag.
Whatsapp untuk harga.










Berita terkini 17/7/2014

Alhamdulillah setelah 3 minggu setengah promosi kek buah Untukmu Sarah dijalankan, sejumlah 80 biji kek telah terjual yang membawa kutipan hasil jualan berserta sumbangan peribadi sebanyak RM1200.00 telah di kumpulkan hingga tempoh pagi tadi.

Kempen kek buah Untukmu Sarah berakhir di hujung Ramadhan manakala jualan kek buah akan diteruskan sepanjang tahun untuk projek berlainan yang akan di umumkan kelak.

Sumbangan, sokongan dan doa anda semua hanya Allah yang dapat membalas.

Jazakallah khairan kathira.





Wednesday, April 9, 2014

Lafies 88/89 Birth dates to remember !!!

1. Maziah                 1/1
2. Saadiah                2/1
3. Sarina Othman      7/1
4. Norita                   7/1
5. Hasnah (Angah)   16/1
6. Ainizah                18/1
7. Azurain                26/1
8. Nor azua               1/2
9. Mariam               16/2
10. Norwahizah       26/2
11. Baney               29/2
12. Noni                   1/3
14. Azmila              28/3
15. Hainom              3/4
16. Sheriza            22/4
17. Fathiyah           25/5
18. Siti Ruzita          2/6
19. Sarimah             5/6
20. Kekna              11/6
21. Fatimah (Pet)    19/6
22. Hazeezan         28/6
23. Shidah             12/7
24. Werda             18/7
25. Azidah             23/7
26. Zabanisham     26/8
27. Nezie              28/8
28. Naza                5/9
29. Suzeela            9/9
30. Rosmila          21/10
31. Nazlinda         27/10
32. Nor Ain Rashid   4/11
33. Norhafiza        13/11
34. Rozanayati      23/11
35. Robihah          27/11
36. Syafriza          29/11
37. Noraizan         17/12
38. Junaidah         24/12
39. Seri banun      25/12
40. Noraida           27/12
41. Khajara
42. Rosliza
43. Along
44. Ct norizan
45. Rohaya
46. Faridah hanim

Monday, March 17, 2014

Lawatan ke rumah orang tua Al-ikhlas, Puchong

Assalamualaikum ladies... Misi kali ini adalah Misi Kebajikan.  Lawatan kami (Wawa, Baney, Sher, Azurain, Jun, Siti & si cilik Sarah) dimulakan dengan meredah hutan batu (chewah..) di sekitar Puchong bersenjatakan handphone serta GPS untuk mencari rumah orang tua Al-Ikhlas yang beralamat Lot 3530, Jln Bt. 18, Kg Pulau Meranti 47120 Puchong Selangor. Kawasan ni dekat dengan Bukit Puchong.. 

Rumah ini adalah satu-satunya rumah jagaan orang tua Muslim bukan milik kerajaan. Ia dinaungi oleh Puan Muji bt. Hj Sulaiman (bekas jururawat). Rumah ini berdaftar dengan kerajaan dan mendapat sedikit sumbangaan dari Zakat Selangor.

Jumlah penghuni ~ 60 orang
Jumlah pekerja :  5 orang
Status rumah: Masjid Lama yang diwakafkan
http://al-ikhlashomecare.blogspot.com

Haa...gambar di saat pembahagian makanan sedang dijalankan. Chief distribution ialah Baney yang bertungkus-lumus menyediakan bubur deghoyan "hijack" cicah roti Hailam. Punyalah sodap hinggakan ada berberapa warga emas yang minta tambah..  lagi satu makanan yang agak hot ialah pisang goreng... so next time kalu datang lagi, bawa bubur & pisang goreng ye..

Gambo lelaki yang berdiri di belakang (baju oren)  tu ialah pekerja al-ikhlas. Pekerja diwajibkan beruniform untuk pengecaman :-) 
Posing.. jangan tak posing... Baney, Wawa & Siti

Posing lagi.. tapi kali ni ada gambo suapan dari Siti untuk Pakcik Mohamad yang dari mula-mula kami sampai menyambut kedatangan kami dengan sengih keceriaan nye... seperti beberapa penghuni yang lain, tangan kanan Pakcik Mohamad tak boleh digunakan (bengkok) mungkin disebabkan strok? Kesian kat diorang...sob..sob..Pak Cik Mohamad juga tak boleh bercakap.. namun dia Senyum Sokmo ...happy-go-lucky... MasyaAllah !


Alhamdulillah.. Ini sebahagian sumbangan dari lafies antaranya adalah beras, pampers, kek, biskut, wheelchair, ripple mattress, roti etc...


 
Makcik inilah yang berjaya membuatkan airmataku bercucuran semasa menyuapnya makan. Makcik ini pun tak boleh menggerakkan tangan kiri & dia bed-ridden. Masa Wawa tanya dia "Makcik dari mana?" Dia jawab "rumah makcik kat sini lah... ada ramai kawan kat sini" Memang dia mempunyai attitud yang positif... elok kita jadikan tauladan... kan ? kan?

Antara gambar makcik-makcik di tempat memasing. Yang berbaju purple di tengah tu, siap menyanyikan lagi ompteh pada Sarah sambil bertepuk tangan.. memang positif diorang ni... 

Tu dia.. jelitawan-jelitawan (ehem.. perasan jap) memperagakan tudung memasing sambil memegang kek sponsor dari Siti. Nampak macam sodap yek... "itu kek kasi simpan dulu la.. makan untuk breakfast esok" kata pekerja di situ. Pandai diorang berjimat-cermat dan tak membazir..

Ini gambo surau merangkap store al-ikhlas. Penuh barang-barang kering. Banyak bebenor beras, biskut, bedak, tuala etc. sedekah dari orang ramai. So Wawa syorkan, kalau kita nak sedekah next time, bank-in ajelah .. so that duit itu boleh dibuat untuk menampung beli barangan basah seperti ayam, ikan, sayur, telur atau untuk bayar air/elektrik. Dengo ceritenye, Puan Muji nak membesorkan tempat ini untuk menampung lebih ramai penghuni... 

Masa kami nak balik, azan baru berkumandang.. maka beberapa warga emas ini solat berjemaah bersama-sama. Ada yang duduk di lantai, ada duduk di kerusi & ada yang berkerusi roda menyambut seruan Ilahi

Ini bukan gambo P.Ramle masa muda.. tapi ini gambo "brother" yang juga berkerusi roda. Disebabkan susah nak bergerak, dia solat atas katil ajelah.. solat ini mudah, mana-mana pun kita boleh solat... kan?

Ini pula gambo makcik yang agak kurus, pendiam dan bongkok tiga. Masa Wawa hantar makanan kat dia, tangan kirinya pun tak boleh berfungsi. Lebih memeranjatkan lagi.. rupa-rupanya dia buta... kesian kat dia.. sob sob.. 

Di sinilah dapur open-air yang digunakan sehari-hari. Lupa lak nak tangkap gambo tempat membasuh baju (berbaldi-baldi) & bilik air diorang.. insyaAllah next time ye kawan-kawan.. Secara amnya, kawasan sekitar rumah ini agak bersih.

Ini pulak gambar sebahagian penghuni lelaki. Kelihatan agak lapang..mungkin disebabkan penghuni lelaki kurang dari penghuni perempuan kot.. maklumlah umur perempuan kan panjang dari lelaki :) 
Perhatikan kebanyakan barangan seperti katil & tray holder seperti di hospital.

Makcik menadah tangan dan berdoa semoga rezeki penderma ditambah berkali-kali ganda.. so apa lagi... kalau korang nak sedekah/membayar zakat, boleh bank-in ke akaun  Al Rajhi Bank. No Akaun : 12700-1061101131. Nama Akaun: Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas

Friday, February 28, 2014

LV BizzTalk Mac 9, 2014

Assalamua'laikum

LAFIES GROUP BIZZTALK
Date: Sunday, March 9, 2014
Time: 3-6pm
Venue: Azurain's Home Sweet Home
No 42 Jalan 3/12, Sek 3, BBB

Tentative Agenda:

12.30- 2.50 - Lunch (nasi ayam)

3.00 - 6.00 Meeting

Proprosed minutes:
  1. Commitment fees -  Azurain
  2. Briefing on fund - KekNa
  3. Partnership Terms n Condition - KekNa/Aida
  4. Partners Benefit n Allowance - KekNa/Aida
  5. LV 1st Business Proposal Presentation
  6. LV 2nd Business Proposal Presentation
  7. LV 3rd Business Proposal Presentation 
Tea break - bubur and pot luck by partners.

Pada yang berminat mengorder Mahdi's Cordial, sila PM tuan Tanah ASAP.


Expected Attendees  : 15 out of 20.

Monday, February 17, 2014

Mini Album Pengkalan Balak

Alhamdulillah dengan izin Allah perancangan menyambung silaturrahim (lagi) berjalan dengan lancar bertempat di chalet jin bertendang pilihan Puan Jun di Pengkalan Balak, Melaka.
Disarankan jika ke sana lagi menggunakan waze, gps atau peta jalanraya.... peta minda tak boley.
 
Dimulakan dengan kehadiran peserta-peserta seawal jam 2 tengahari dengan cuaca boleh goreng telor atas jalanraya.  Kehadiran peserta2 disambut dengan Mahdi's Cordial dengan model tangkap muat...paling cun di situ ketika itu.
 
 
 
TADAAAA........
 
 
 
 
Ditambah dengan kapkek-kapkek dari Jepun dan Baldu Merah.  Oleh kerana tukang tulis yang bawak Baldu Merah dengan percubaan batch pertama bantat tetapi semangat jitu untuk menjamu rakan-rakan, percubaan seterusnya menyerlahan kejayaannya..
 
waa.. lebeh-lebeh la pulak.  saper updet blog kali ni?.. aku kannn.... baca jelah.
 
 
 
 
 
Selingan model-model ubat gigi.... ini model-model pilihan perasan paling cun ketika itu.


 
 
 
Keluarga besar pak Raden pemancing tegar dari terik paneh matahari hingga lewat petang sambung keesokannya selepas subuh dapat cucu ikan pari.

 
 
 
Menjelang jam 6.30 petang kelewatan memulakan game-game sebab ketua game pi meminang, semua sporting untuk melibatkan diri.
 
Game pertama galah panjang anak-dara vs mak dara.
 
haaa cer tengok anak2 dara liuk lentuk badan nak mengelak dari mak dara.... mak dara tak boleh dah buat macamtu nanti sakit pinggang.





weehhh... muka depa lagi... time ni ramai dah model lagi cun tapi dah ownership projek Pengkalan Balak, mak dara yang pegang..... haha... korang mampu?
 
model-model kak Ton.






Galah panjang Bapak2 budak vs budak-budak.  Depa terpaksa rela sporting memandangkan modal berborak sesama depa dah habis... maka join lah game untuk mengelakkan awkward moment.. hehe.





Game mekap2 bini.
Yeah Haji Salleh... belai muka bini jangan tak belai...





pemenang game macam comel jew... macam comel jew.....  Puan Jun !!!!





Acara wajib tepi pantai  sebab masa dok tepi pantai je boleh tengok matahari terbenam.  Hari2 lain dah sibuk hambat bebudak masuk rumah sebab kat luar banyak setan.
 




Acara bbq by bapak-bapak.  Grill kambing , ayam , sosej2 dan seafood ball...seriyes lumayan dan Alhamdulillah habis di makan .





LV biz talk dari jam 10 hingga tengahmalam.
Time game kita main, time tambah lemak jangan teragak, time serious, kita tekun.
Syabas semua.
 
Post mortem meeting akan dilanjutkan di rumah Puan Bendahari tidak lama lagi.





Hari ke 2.
Comei sungguh anak2 anak dara ni semua.  Teringat time-time makcik baru baligh dulu... rasa macam baru semalam.. ihik.





Mak-mak nak buat aksi melompat juga tetapi memandang theory fizik menyatakan daya gravity mokcik-mokciken atas 40an sudah berbeza... maka aksi bawah ni jelah.
 
Pun perasan comel jew...






Ekkk... bapak-bapak nak jugakkkkk





Anak-anak dara yang comel macam saya... ehek.  sedang mengikuti jejak langkah omakk-omak sambung borak di wasap. Yess.. kepimpinan melalui teladan.
 




Mak.. ya Rabbi... udah-udah la tu...
Nampak je semangat... balik PB pengsan 2 hari.
macam comel jer... macam santek jer..





Last but not least... sebahagian besar peserta yang berjaya di kumpul.... lagi suku masih berendam laut tak mau keluar.
 
 



Semoga hubungan silaturrahim antara kita dirahmati Allah s.w.t dan berkekalan hingga ke Jannah.  Program seterusnya akan menyusul seiring dengan perkembangan perniagaan LV dan semoga lebih ramai ahli LV dapat menyertai.  Insya Allah.

Jutaan terima kasih buat semua yang mengambil bahagian dengan sumbangan-sumbangan yang teramat banyak dari semua pihak


Muchas Gracias dan Tahniah semua !!

p/s Album penuh trip Pengkalan Balak click di sini - facebook group.